Monday, October 22, 2012

Motivasi Islamik dari Prof. Dr. Sidek Baba


ACUAN MINDA
Profesor Dr. Sidek Baba


Harga: RM 10.00

Untuk pembelian secara online, sila layari:

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=982










 


Al-Quran dan sunnah terkandung sumber ilmu. Apabila pemikiran manusia yang terbatas dipandu oleh ilmu dari ALLAH dan Rasul, ia bakal memberi suluh pemikiran dan cahaya hidup. Dalam kitab suci al-Quran ada menyatakan bahawa orang yang berilmu adalah tidak sama dengan yang tidak berilmu. Malah, Rasulullah s.a.w memberikan asas bahawa keperluan hidup di dunia memerlukan ilmu dan kehidupan di akhirat juga memerlukan ilmu.

Modal insan yang dibangunkan adalah asas yang membawa kepada perubahan. Ilmu yang memperkasa modal insan bakal melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Tunjang kepada pembangunan modal insan ialah ilmu yang integratif. Ilmu mengurus diri dan mengurus sistem adalah amat penting sebagai landasan membangunkan negara dan bangsa. Penerapan nilai-nilai Islamisasi adalah amat penting dalam merealisasikan matlamat menjana kualiti modal insan mengikut acuan kita sendiri.

Wednesday, October 17, 2012

Buku rahsia rumahtangga untuk diketahui!!!


Dua Jiwa Satu Cinta
Fadzilah Jabar


Harga: RM 13.00


















Sesuai untuk bakal-bakal pengantin dan yang sudah pun berumah tangga, buku ini dapat membentuk dan mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Salah satu faktor yang menyuburkan kasih sayang dan kebahagiaan pasangan suami isteri adalah melalui hubungan intim yang berkesan. Malah, kehidupan seksual yang hebat akan merangsangkan kesihatan semula jadi kepada fizikal, mental. emosi dan spiritual.

Buku ini juga memaparkan pelbagai ilmu serta tip menarik khas untuk rujukan pasangan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Turut membicarakan tentang fantasi, imaginasi, dilema, keindahan, peranan dan juga pengaruh hubungan intim terhadap pasangan suami isteri. Terdapat juga soal jawab berkaitan konflik hubungan intim yang sering dihadapi oleh pasangan suami isteri dengan disertai penyelesaiannya.

Pastikan anda menjadi seorang yang hebat di mata pasangan anda. Semoga ikatan perkahwinan anda akan terus gemilang dan bahagia meniti hari-hari mendatang dengan menjadikan 2 Jiwa Satu Cinta sebagai panduan pengikat kasih bersama yang tersayang.

Wednesday, October 10, 2012

Buku terbaru daripada Dr. Tuah kini di pasaran!!!






Faham-Faham Sendirilah
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj


Harga: RM 12.90


Dalam mencapai sesuatu kejayaan, matlamat amat penting bagi mengukur tahap kemampuan seseorang. Jika cubaan kali pertama tidak berjaya, mungkin cubaan kali kedua atau ketiga akan berhasil. Paling penting individu itu TAHU dan FAHAM apa yang dilakukan dan tidak mengambil ringan perkara-perkara yang sering menggagalkan usahanya sebelum ini. Inilah juga misi utama FAHAM-FAHAM SENDIRILAH karya DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj. Matlamat yang terlalu banyak dalam sesuatu usaha hanya memenatkan tubuh dan memeningkan kepala, bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Oleh itu hala tuju perlu satu dan jelas. PEMAHAMAN terhadap ruang lingkup masalah mampu menjana penyelesaian yang jitu. Seterusnya kejayaan mampu dikecapi dengan sempurna.

Monday, October 1, 2012

Info Penting Susu Ibu!!!





Hebatnya Susu Ibu
Rita Rahayu Omar


Harga: RM 23.00









Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu bekerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

Thursday, August 2, 2012

Baca buku ni kalau berani...

Beranikan diri anda untuk membaca buku ini... Sebuah buku himpunan thriller yang mendebarkan... Ketakutan, pembunuhan, dengki, dendam serta penculikan diadun ke dalam sebuah buku. 'JIWA KACAU' pasti merentap jiwa anda!

 

Antologi Jiwa Kacau

Elee Mardiana, Attokz Dikulgai, Lynn Dayana, Dhiya Zafira dan Salina Salleh

Harga: RM 22.00




















Sinopsis

Tragedi Di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.

Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.

Buru Bayangan Luka
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya.

Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri. Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.

Thursday, July 26, 2012

Kembara yang hebat dalam sebuah naskah!






Permata Di Pintu Kaabah
Munir Ramli

Harga: RM 19.90








Sinopsis

Mesir merupakan salah satu bumi anbiya yang banyak melahirkan tokoh-tokoh serta ilmuan Islam di dunia. Nama-nama besar seperti Yusuf Al-Qardawi, Muhammad Sayyid Thanthawi dan Al-Mundziri pastinya menjadi sebutan di bibir-bibir para pelajar yang dahagakan ilmu. Universiti Al-Azhar pula menjadi lambang kemegahan Mesir, sebagai pusat penyebaran ilmu ke serata dunia.

Makkah pula tempat berkumpulnya seluruh umat Islam. Selain dikenali sebagai tempat lahirnya Nabi Muhammad, kiblat yang diarahkan ke sana juga menjadi tanda betapa pentingnya kota suci ini di sisi agama. Setiap tahun, lebih 15 juta manusia akan berada di dalam kota suci ini terutamanya pada musim haji demi memenuhi tuntutan rukun Islam kelima.

Selepas menawan Damascus, penulis meneruskan kembara ke Mesir dan Makkah demi mencari nilam dan mutiara buat bekalan hidup pada masa hadapan. Ilmu-ilmu ini diperlukan bagi menjamin kehidupan yang terbaik dunia dan akhirat.

Monday, July 23, 2012

Book Review By Uthaya Sankar SB


Buku 'DULU PENCUCI KINI PENGURUS' menjadi satu fenomena yang luar biasa di kedai-kedai buku. Kelarisan buku ini telah mengundang seorang penulis sastera iaitu Uthaya Sankar SB untuk membaca dan mengulas kandungannya menerusi Free Malaysia Today.
Ikuti ulasannya.












                                                                                                    UTHAYA  SANKAR  SB



Apabila menulis biodata, resume atau CV, pada umumnya orang ramai akan memilih untuk menyatakan perkara yang baik-baik serta kejayaan yang membanggakan sahaja.
Hal yang amat berbeza dilakukan oleh penulis buku “Dulu Pencuci Kini Pengurus”, Mohd Rafi Jalaluddin apabila beliau tanpa segan mengakui bahawa beliau hanya mendapat pangkat 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Individu kelahiran Klang, Selangor ini juga mengakui bahawa kerja pertamanya adalah sebagai pencuci – secara lebih spesifik, pencuci tandas – di UiTM dan Bangunan SUK, Shah Alam.
Namun, kini Mohd Rafi merupakan pemilik sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti New Castle, Australia. Jawatan terakhir beliau pula sebagai Penolong Pengurus Besar di Jabatan Sumber Manusia sebuah syarikat multinasional di Shah Alam.

Saya mendapat maklumat mengenai Mohd Rafi daripada seorang blogger, Shahrul Nizam Abdul Hamid yang terlibat sama membantu beliau menguruskan blog www.rafimasterji.blogspot.com dan proses menghasilkan buku motivasi ini yang baru sahaja terbit.

Buku “Dulu Pencuci Kini Pengurus” setebal 170 halaman ini dibahagikan kepada lima bab dan setiap bab pula terdiri daripada tajuk-tajuk kecil yang mudah dibaca dan dihadam.

Bahasa yang digunakan amat sederhana dan senang difahami memandangkan buku sulung ini ditujukan kepada khalayak umum – bermula daripada golongan yang kurang pelajaran.

Seperti diakui oleh pengarang, beliau tidak bertujuan mahu menunjuk-nunjuk apabila menceritakan bagaimana beliau “berhijrah” daripada seorang pencuci tandas kepada pengurus. Sepanjang penceritaan dan perkongsian pengalaman sebenar itu, Mohd Rafi – atau Masterji – menyelitkan pandangan dan pengajaran daripada beberapa tokoh.

Antara tokoh yang dipetik pandangan dan pengalaman mereka adalah Bruce Lee, Tan Sri Loh Boon Siew, Dato’ Yusuf Haslam, Tan Sri Lim Goh Tong, Elvis Presley, Dato’ Karam Singh Walia dan Stevie Wonder.

Malah, pengalaman Mohd Rafi mendidik/membimbing anak-anak menerusi motivasi positif turut dimuatkan dalam buku ini yang diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf.


Hasil daripada membaca buku ini, kita akan tahu bagaimana Mohd Rafi tidak mensia-siakan suatu peluang baik yang ditawarkan kepadanya pada tahun 1991; sehingga menjadikannya seorang Penolong Pengurus Besar yang dihormati serta seorang pakar motivasi yang disegani.

Harus juga saya nyatakan bahawa walaupun buku ini baru sahaja terbit dan dipasarkan, saya mengalami masalah untuk mendapatkannya. Kebanyakan kedai buku mengatakan bahawa stok yang baru masuk habis dijual dalam masa dua hari sahaja. (Mujurlah Mohd Rafi menitipkan senaskhah melalui Shahrul, bekas kakitangannya pada 17 Julai 2012.)

Perkara-perkara yang “diajar” oleh penulis mungkin hal-hal yang terlalu biasa dan ditemui setiap hari di tempat kerja. Bagaimanapun, seperti dijelaskan oleh Mohd Rafi, segala perkara biasa itulah yang perlu digunakan (dimanipulasi) sebaik-baiknya jika kita mahu mengubah hidup kita – berhijrah – daripada yang kurang baik kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik.


Bab 5 pula ditujukan khusus kepada golongan yang sudah “berjaya” dan berada pada kedudukan sebagai “ketua” (pengurus, pemimpin). Golongan “ketua” ini juga perlu menimba ilmu supaya dapat menjadi ketua yang baik. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa golongan politikus wajar secara khusus membaca bab terakhir buku ini.


Selain daripada kesalahan fakta “berbangsa Hindu” (halaman 130) yang gagal dikesan/dibetulkan oleh pihak editorial (penerbit), keseluruhan buku ini sangat menarik untuk dibaca sebagai sebuah teks santai yang sangat mengujakan bagi khalayak pelbagai peringkat.

Thursday, July 19, 2012

Buku Motivasi Best Seller Untuk Dibaca!



'Dulu Pencuci Kini Pengurus' jadi Best Seller di MPH!










 
Meskipun baru menulis buku pertama dan langsung tidak meletakkan harapan yang tinggi, buku 'Dulu Pencuci Kini Pengurus' melakar kejayaannya sendiri di kedai buku MPH. Jualan bak pisang goreng panas melonjakkan buku ini ke tangga kedua senarai BEST SELLERS di MPH dalam kategori penulisan tempatan.



Walaupun masih terlalu baru di pasaran, kekuatan buku ini nampaknya mampu menyaingi buku-buku lain yang ditulis oleh penulis-penulis yang lebih berpengalaman dan terkenal. Ternyata buku ini ada kelebihannya yang tidak ada pada buku lain.

 


Penulisnya iaitu Encik Mohd Rafi Jalaluddin turut terkejut dengan jualan yang dicatatkan di MPH. Namun beliau akui, buku ini mempunyai auranya tersendiri kerana tips-tips yang diberikan untuk maju di dalam hidup bukanlah tips-tips kebiasaan, tetapi ia merupakan tips-tips yang telah digunapakai olehnya sendiri dari seorang pencuci hingga menjadi seorang pengurus.


SINOPSIS

MOHD RAFI hanya sebagai seorang tukang cuci - kerjaya yang tidak pernah diangan kan oleh sesiapa pun. Hakikatnya, kerjaya itulah yang membawanya ke tahap yang lebih baik hari ini. Rasa malu yang menebal digantikan dengan usaha gigih untuk menjadi tukang cuci yang terbaik. Hasil dorongan penyelianya, Mohd Rafi berjaya membuktikan dirinya juga mampu berdiri setanding orang lain. 

Kejayaannya bukan datang bergolek. Dia berusaha tanpa berputus asa dan tanpa mengira jemu berserta kesabaran yang jitu. Dia tidak hanya berserah pada nasib, tetapi terus cuba memperbaiki diri agar tidak perlu terus-terusan berasa malu. Dia percaya, dia juga mampu berjaya seperti orang lain.

Buku ini pilihan tepat untuk anda yang sedang mencari formula bagi membantu memecahkan tembok kebal dalam diri yang sering menjadi penghalang kejayaan. Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit? 

Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!

Friday, June 29, 2012

'RAHSIA JADI GENIUS' Kini Best Seller!



Meskipun masih baru di pasaran dan perlu bersaing dengan buku-buku motivasi yang lain, buku RAHSIA JADI GENIUS kini mendapat sambutan yang menggalakkan. Menggunakan konsep latih diri yang cuba membongkar kemampuan otak pelajar di tahap paling optimum, buku ini berjaya menarik minat ramai pembaca terutama di kalangan pelajar dan guru. Selain itu turut menjadi perhatian teknik-teknik yang ditampilkan di dalam buku ini termasuk teknik hafalan dengan menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri. Begitu juga dengan kisah-kisah benar yang diceritakan di dalam buku ini bagaimana seseorang pelajar yang malas dan lembab dahulunya mampu bertukar menjadi pelajar yang genius dengan kaedah dan sistem pembelajaran yang betul.



Buku ini sudahpun memasuki media elektronik menerusi Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan rancangan Assalamualaikum di saluran TV Al-Hijrah. Temubual ini dijalankan atas perhatian pihak media ke atas penjualan buku RAHSIA JADI GENIUS yang sangat memberangsangkan dalam waktu yang singkat. Kupasan demi kupasan diolah oleh Cikgu Kamil bagi memuaskan hati penonton dengan harapan mereka akan keluar membeli buku itu sendiri dan membacanya untuk mendapat imput yang lengkap.

Buku RAHSIA JADI GENIUS ini memulakan langkahnya di PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 2012 yang lalu.



Sewaktu di Pesta Buku Antarabangsa itu, penulisnya iaitu Cikgu Kamil diberi peluang untuk memberi sedikit pengenalan berkenaan buku baru tulisannya itu. Menurutnya, buku RAHSIA JADI GENIUS bukan semata-mata penulisan tetapi ia adalah kajian terperinci serta survey yang dilakukan olehnya sendiri lalu diterjemahkan ke dalam sebuah buku bagi membantu pelajar-pelajar sekolah yang ada masalah ketidakpercayaan untuk berjaya.
 



Cikgu Kamil selepas itu menjadi perhatian ramai pelajar-pelajar sekolah yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa untuk mengetahui serba sedikit berkenaan buku RAHSIA JADI GENIUS. Cikgu Kamil turut memberikan serba sedikit tips dan teknik yang mudah untuk menghafal dalam sesuatu subjek kepada pelajar-pelajar yang hadir.

 


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi turut berjumpa Cikgu Kamil dan penulis-penulis yang lain. Cikgu Kamil sempat mengambil kesempatan untuk memperkenalkan buku RAHSIA JADI GENIUS kepada beliau.




Sebelum pulang, Cikgu Kamil masih tidak putus menerima kedatangan pelajar-pelajar dan ibubapa yang ingin bergambar serta tandatangan Cikgu Kamil. Bermula di Pesta Buku Antarabangsa 2012 inilah, buku RAHSIA JADI GENIUS mula menjadi sebutan daripada mulut ke mulut, sekolah ke sekolah, tempat ke tempat hingga akhirnya kini menjadi salah sebuah buku BEST SELLER di kedai-kedai buku.

Kepada mereka yang masih belum mendapatkan buku RAHSIA JADI GENIUS ini, cepat-cepat dapatkannya sekarang sebelum stok kehabisan.

PS: Temui Cikgu Kamil di Pesta Buku Selangor yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) di Bandar Shah Alam, Selangor pada 2 Julai 2012, jam 1 petang!



Tuesday, June 26, 2012

Sebuah buku yang dinanti-nantikan oleh orang ramai!!!




DULU PENCUCI KINI PENGURUS

Mohd Rafi Jalaluddin
RM 11.00




















Sinopsis

MOHD RAFI hanya bermula sebagai seorang tukang cuci - kerjaya yang tidak pernah diangankan oleh sesiapa pun. Hakikatnya, kerjaya itulah yang membawanya ke tahap yang lebih baik hari ini. Rasa malu yang menebal digantikan dengan usaha gigih untuk menjadi tukang cuci yang terbaik. Hasil dorongan penyeliaannya, Mohd Rafi berjaya membuktikan dirinya juga mampu berdiri setanding orang lain.

Kejayaannya bukan datang bergolek. Dia berusaha tanpa berputus asa dan tanpa mengira jemu berserta kesabaran yang jitu. Dia tidak hanya berserah pada nasib, tetapi terus cuba memperbaiki diri agar tidak perlu terus-terusan berasa malu. Dia percaya, dia juga mampu berjaya seperti orang lain.

Buku ini pilihan tepat untuk anda yang sedang mencari formula bagi membantu memecahkan 'tembok kebal' dalam diri yang sering menjadi penghalang kejayaan. Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit?

Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!

Buku terbaru Tan Sri Abdullah Ahmad di pasaran!!!



BERANI 
TANPA SEGAN

Tan Sri Abdullah Ahmad
RM 17.00























Sinopsis

RAMAI orang kata dia kebal, sebab itu dia berani menulis apa sahaja. Tetapi bagi Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih dikenali 'Dolah Kok Lanas' @ 'DKL', dia menulis apa yang dirasakan perlu. Katanya: "Saya tidak ada kekebalan, yang ada hanyalah kebenaran."

Baik di media dalam mahupun luar negara, semua tulisannya - juga ceramah-ceramahnya di pentas global adalah berdasarkan kebenaran. Coretan dan kata-katanya adalah hasil penelitian selama berpuluh tahun sebagai wartawan, ahli politik, anggota kabinet dan diplomat.

Lahir dan memulakan pendidikan awal di Kelantan, DKL memasuki sekolah elit MCKK dan alumni Cambridge dan Harvard. Menerima latihan politik daripada Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, dia pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen, anggota kabinet dan Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tetapi, pengalaman paling menarik ialah sebagai wartawan dan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times di mana dia memperoleh kemahiran menulis. Walaupun telah sepuluh buku dihasilkan, pena DKL tidak pernah tumpul. "Saya akan terus menulis," katanya.

Monday, June 11, 2012

Antologi Cerpen untuk dibaca!





Antologi Cerpen: Saya Hidup Positif! Anda Bila Lagi?
 
Pemenang Pertandingan Jom Tulis Cerpen PROSTAR Malaysia

Harga: RM 15.00



















PERTANDINGAN Jom Tulis Cerpen! Anjuran PROSTAR MALAYSIA dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf tercetus daripada keinginan dua pihak mengangkat dunia penulisan sebagai platform bagi penulis-penulis untuk berkarya. Dengan tema, ‘Saya hidup sihat! Anda bila lagi?’ pertandingan ini menerima hampir seribu penyertaan dari seluruh tanah air. Kebanyakannya daripada penulis-penulis muda yang masih belajar tetapi empunyai bakat menulis yang sangat mengagumkan.

Sebanyak 25 buah cerpen yang terbaik telah dipilih oleh panel juri untuk dibukukan sebagai Antologi Cerpen PROSTAR MALAYSIA. Tema yang diketengahkan meliputi pelbagai masalah sosial masyarakat setempat diketengahkan sebagai tatapan para pembaca.

Setiap cerpen ini memaparkan pergolakan jiwa manusia yang berdepan dengan tekanan hidup, kemiskinan, kekurangan kasih sayang keluarga, keterlanjuran dalam hubungan dan sebagainya. Moralnya, penyelesaian atas semua permasalahan ini adalah kembali kepada ALLAH SWT. Setiap cerpen meninggalkan kesan yang mendalam kerana garapan bahasa penulis-penulisnya sangat menyentuh emosi pembaca.

Usahasama dua pihak iaitu PROSTAR MALAYSIA dan Grup Buku Karangkraf akan diteruskan pada masa akan datang. Penulisan kreatif dalam bentuk cerpen diharap menjadi satu wadah bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia penulisan sebagai usaha yang berpanjangan.

Wednesday, June 6, 2012

Himpunan kisah keinsafan dalam sebuah Antologi!



Antologi Orang Berdosa: Dia Memilihku
 
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Intan Arnida
Iskandar Dzul Karnain H.M
Nurliza Mohd Nasir
Umi Azrini

Harga: RM 14.00















Lima buah cerpen pendek yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN. Tiada kata-kata yang mampu terungkap, hanya jiwa yang mampu merasakan betapa peritnya penyesalan. Bacalah dengan nama TUHAN-mu yang menciptakan.

Dendam anak-anakku - “Kalau kau berdua nak ayah merayu, sekarang juga ayah merayu. Ayah minta maaf dan ayah merayu sungguh-sungguh. Jangan kerana dendamkan ayah, kau jauhkan diri daripada TUHAN. Kesiankan mak, kesiankanlah ayah, nyawa ayah dan mak dah tak lama, nak.”

Dialah ahli syurga - “Kurang ajar! Cakap, mana duit aku? Kau dah jadi bisu ke, hah? Dahlah tiga suku, tak habis-habis nak nyusahkan aku. Hei… geramnya aku! Kenapalah emak beranakkan kau? Kenapa emak tak picit aje kau daripada kecil? Biar kau mati tak menyusahkan sesiapa!”

Dialah call girl itu - Mila tidak berminat mengejar cinta dunia lagi! Hanya cinta TUHAN yang dicari. Setelah hatinya penuh dihuni oleh lelaki, cukuplah rasanya dia merasai nikmat cinta terhadap lelaki. Nikmat yang penuh dosa. Dosa yang boleh mengheret mukanya ke lubuk neraka.

Landasan ke syurga – Ya, aku tewas saat ini! Tapi, aku tetap bangkit dan akan kembali setelah segala kelemahan Islam kubongkar. Sekaligus akan kulenyapkan terus pengaruh Islam di muka bumi ini. Itu azamku!

Kekasih ALLAH itu aku - Ya ALLAH, ampunkan dosaku. Andai mampu kuputar semula waktu, takkan kulakukan perbuatan terkutuk itu. Kubelai nafsu dengan murkamu ya ALLAH. Adakah lagi pengampunan-MU buatku ya TUHAN?

Help me Doctor!!!



Doktor, saya takut jarum!
Dr Zubaidi Hj Ahmad

 RM 12.00




















Masyarakat hari ini semakin peka dengan tahap kesihatan mereka apabila setiap hari disogokkan dengan berita-berita kematian mengejut yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Kesedaran itu merupakan satu perkembangan yang positif, tetapi apa yang membimbangkan,terlalu banyak cakap-cakap orang yang tidak benar mengenai perubatan moden hari ini. Malah, ada yang lebih mempercayai bomoh daripada doktor yang bertauliah sekali gus mencetuskan kekeliruan masyarakat mengenai rawatan moden.

‘Doktor, saya takut jarum!’ mengupas beberapa persoalan dan salah faham yang sering ditanya oleh para pesakit. Istimewanya buku ini, setiap topik dipaparkan berdasarkan pengalaman penulis se­bagai seorang doktor berserta kisah-kisah benar yang menarik dan lucu untuk tatapan dan pengajar­an kita semua.

Antara topik menarik yang dibincangkan di dalam buku ini:

            • Selamatkah makan mi segera?
            • Deodoran menyebabkan kanser payudara?
            • Cukupkah lapan gelas sehari?
            • Lelaki dan kesuburan
            • Anak dalam kandungan dilarikan bunian!
            Baby Walker: Adakah Selamat?
            • Takut pada jarum: Benar atau mengada-ngada?

Himpunan kisah thriller dalam sebuah Antologi!



Antologi Jiwa Kacau

RM 22.00



Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lyn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh












Sebuah antologi himpunan kisah thriller yang pasti mendebarkan pembaca!



Tragedi Di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan  suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.

Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.

Buru Bayangan Luka
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya.

Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri.  Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.

Tuesday, April 17, 2012

Suka Makan? Wajib tahu yang ini...



Fruktosa lebih bahaya daripada Sukrosa?
Sinar Harian
17 April 2012 





Hari ini, sirap jagung tinggi fruktos (SJTF) meliputi 55 peratus pemanis yang digunakan dalam makanan dan minuman terproses. Pengeluar makanan dan minuman mula menggantikan sukrosa (gula putih) dengan SJTF pada 1970-an. Ia berlaku apabila perbelanjaan mengeluarkan SJTF adalah lebih murah daripada penyediaan sukrosa.

Kemanisan fruktosa adalah 20 peratus lebih tinggi dari kemanisan sukrosa. Jadi, ia menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pengeluar SJTF dan pengilang makanan dan minuman
Fruktosa adalah pemanis semula jadi yang wujud dalam buah-buahan dan madu. Fruktosa bergabung dengan glukos secara semula jadi bagi membentuk pemanis yang biasa kita gunakan iaitu sukrosa. Gula putih dan pelbagai jenis nira mengandungi sukrosa dengan peratusan fruktosa dan glukos yang sama.

Sebaliknya SJTF mengandungi peratusan fruktosa yang lebih tinggi berbanding glukos. SJTF mengandungi 55 peratus fruktosa dan ini menyebabkan ia dikenali sebagai fruktosa.
Pihak industri terutama di negara barat biasanya mendakwa bahawa SJTF dan gula putih adalah sama secara kimia.

Mereka beberapa kali mendakwa bahawa SJTF yang biasa digunakan dalam industri terdiri dari 55 peratus fruktosa dan 45 peratus glukos. Jadi menurut mereka tiada perbezaan ketara dengan sukrosa yang terdiri dari kandungan 50 peratus fruktosa dan 50 peratus glukos.


Semua pemanis sama?

Adakah benar SJTF terdiri daripada 55 peratus fruktosa? Beberapa penyelidik dari University of Southern California (2010) menjalankan kajian untuk mengenalpasti kandungan dan jumlah gula dalam beberapa minuman ringan. Mereka mendapati kandungan fruktosa dalam tiga jenama minuman ringan iaitu Coke, Pepsi, dan Sprite melebihi peratusan yang biasa diketahui umum iaitu 55 peratus.

Ketiga-tiga jenama tersebut sebenarnya mengandungi 65 peratus fruktosa. Walaupun fruktosa adalah sejenis gula namun fenomena pengambilannya secara berlebihan dalam bentuk minuman terproses didapati menyumbang pelbagai masalah kesihatan.

Pengambilan fruktosa berlebihan ini dikaitkan sebagai punca kekebalan insulin, obesiti, peningkatan tekanan darah, mengganggu keharmonian profil lipid (meningkatkan trigliserida dan LDL), mengurangkan vitamin serta mengurangkan dan mineral dari tubuh. Ia juga dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, penyakit hati, kerosakan buah pinggang, kanser, artritis dan gout.

Nenek moyang kita dikatakan mengambil lebih kurang 15 gram fruktosa dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Cuba anda bandingkan dengan pengambilan pelbagai jenis minuman terproses yang diambil golongan muda-mudi hari ini yang menyumbang lebih kurang 73 gram fruktosa setiap hari.

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat, pelbagai mineral dan vitamin di samping pelbagai kategori fitokimia yang bermanfaat kepada kesihatan manusia. Bahan-bahan ini berupaya meneutralkan kesan negatif fruktosa daripada buah-buahan yang dimakan.

Sebaliknya, minuman terproses yang tinggi dengan SJTF bukan sahaja tinggi fruktosa malah kekurangan nutrien. Di samping itu ia mengandungi pelbagai bahan kimia yang tidak semula jadi seperti pewarna dan perisa tiruan. Kandungan bahan kimia secara keseluruhan dalam minuman terproses dikatakan tidak dapat menghalang kesan negatif fruktosa.

Terdapat dua sebab mengapa fruktosa amat merbahaya kepada kesihatan tubuh. Yang pertama kerana tubuh kita memetabolismekan fruktosa menggunakan kaedah berbeza dari proses metabolisme glukos. Beban memetabolismekan fruktosa dipikul sepenuhnya oleh hati tetapi sebahagian besar glukos dimetabolisme dalam sel-sel seluruh tubuh.

Sebab yang kedua ialah apabila seseorang mengambil fruktosa pada kuantiti yang amat tinggi secara berterusan maka ia menyebabkan kesan negatif hasil pengambilan fruktosa menjadi semakin ketara.


Ketagih minuman
Dr Robert Lustig iaitu profesor penyakit kanak-kanak Jabatan Endokrinologi di University of California, San Francisco telah menggariskan beberapa perbezaan mengenai bagaimana gula terurai dan digunakan dalam tubuh.

Selepas mengambil fruktosa, beban metabolisme ditanggung 100 peratus oleh hati. Sebaliknya hanya 20 peratus glukos diproses dalam hati. Selebihnya diproses dalam sel seluruh tubuh. Setiap sel termasuk sel otak menggunakan glukos sebagai sumber tenaga. Jadi kebanyakannya dibakar sebaik-baik sahaja seorang mengambilnya.

Sebaliknya fruktosa diubah kepada asid-asid lemak bebas, VLDL (very low density lipoprotein) dan trigliserida di mana kesemuanya disimpan sebagai lemak. Asid lemak terhasil daripada metabolisme fruktosa membentuk titisan lemak dalam hati dan tisu otot. Ia seterusnya menyebabkan kekebalan insulin. Kekebalan insulin yang berterusan membentuk Sindrom Metabolik dan diabetes jenis kedua (type 2 diabetes).

Secara biokimia fruktosa lebih cenderung membentuk lemak berbanding glukos. Pengambilan 120 kalori glukos menyebabkan hanya satu kalori disimpan sebagai lemak. Sebaliknya pengambilan 120 kalori fruktosa menyebabkan 40 kalori disimpan sebagai lemak.

Metabolisme fruktosa oleh hati membentuk pelbagai jenis bahan buangan dan bertoksin seperti asid urik. Asid urik tinggi dan berpanjangan dikaitkan dengan gout, peningkatan tekanan darah, kerosakan buah buah pinggang dan masalah jantung. Glukos merencatkan kegiatan hormon ghrelin dan merangsang hormon leptin. Ia menyebabkan anda merasa kenyang atau berhenti makan.

Sebaliknya fruktosa tidak memberi kesan kepada ghrelin dan mengganggu komunikasi leptin dengan otak. Ia menyebabkan seseorang sering rasa lapar. Ia adalah punca mengapa ramai orang hari ini ketagih minuman mengandungi SJTF. Hari ini anda tahu jawapan mengapa sebahagian orang mampu minum 750 ml air bergas dan burger seberat 300 gm disertai sepiring kentang goreng sekali gus tetapi masih kurang kenyang!

OLEH: BAHRIN SAMAH, RH (AHG) 
 
HERBALIS PROFESIONAL
perunding dan pendidik nutrisi holistik
penulis buku kawal berat badan, v. aromaterapi, serangan jantung, diabetes jenis 2 dan rawat dengan herba terbitan alaf 21.

Tuesday, April 10, 2012

Grup Buku ke Bandar Ho Chi Minh!

Tanggal 5 April 2012 yang lalu,  staf Grup Buku Karangkraf atau GBK telah diberi peluang oleh CEO Kumpulan Media Karangkraf untuk bercuti selama 4 hari ke Bandar Ho Chi Minh di Vietnam. Perancangan selama 2 bulan ini akhirnya terlaksana dengan sempurna hasil bantuan Poto Travel & Tours.




Jam 9.30 pagi kami semua sudah mula berkumpul beramai-ramai di perkarangan tempat letak kereta sebagai persediaan untuk memasuki bas ke KLIA. Penerbit Eksekutif GBK, Puan Firdaus Husamuddin turut serta menemani kami di situ untuk memberi sokongan moral serta sedikit nasihat sebelum berangkat.


Bukan itu sahaja, CEO Kumpulan Media Karangkraf sendiri turut membuat kejutan kepada kami dengan memasuki bas di saat-saat akhir semata-mata untuk memberi sokongan moral. Terharu kami dibuatnya...








Tidak sampai 1 jam, kami semua sudah tiba di KLIA. Perasaan ketika tu memang berkobar-kobar. Semangatlah katakan. Tak kira kamera siapa yang menangkap, kami semua pasti berposing.











Waktu penyerahan pasport pula ada yang berdebar-debar. Yelah takut tak dapat pegi sebab hutang PTPTN. Tapi Alhamdulillah, semua yang sampai di Airport tu dapat pergi.












Sebenarnya ada juga di antara kami yang belum pernah menaiki kapal terbang. Peluang merasai sendiri suasana dalam kapal terbang Vietnam Airlines ini menjadi pengalaman yang amat berharga. Takut jugak sebenarnya, terutama sewaktu kapal terbang nak berlepas dan mendarat.










Tiba di Bandar Ho Chi Minh, kami dibawa oleh pemandu pelancong iaitu Mr. An dan Mr. Dom ke Restoran Samsuddin. Restoran ini bukan sahaja halal, tapi juga restoran orang melayu. Makanannya memang sedap-sedap. Nasib baik lepas makan ni hanya ada aktiviti sendiri-sendiri.









Lepas check-in di Hotel Hoang Gia Huy, ramai yang memilih untuk ke pasar malam. Pasar ini dibuka pada setiap malam untuk kunjungan pelancong-pelancong. Barang-barang yang dijual pula boleh dapat sangat murah kalau betul-betul bijak menawar!








Hari ke-2



Sarapan di Hotel memang sedap. Tapi tak semuanya boleh dimakan. Kami dinasihatkan untuk memilih dengan betul-betul sebab tak semua makanan yang dihidangkan adalah halal. Kebanyakannya memilih untuk makan roti dengan telur. Ada juga yang hanya bersarapan dengan sayur-sayuran seperti salad, tomato, dan timun.




Menurut Mr. Dom, terdapat lebih 11 juta orang yang tinggal di dalam Bandar Ho Chi Minh. Meskipun Hanoi adalah ibu negara Vietnam, tapi Ho Chi Minh adalah bandar yang terbesar. Majoriti warga Vietnam menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama. Dalam bandar Ho Chi Minh sahaja pengguna motosikal sudah mencapai angka 7 juta orang.



Kami ke Galeri senjata untuk melihat sendiri senapang-senapang perang Vietnam.



Mr. An memberi sedikit penerangan kepada kami semua berkenaan terowong bawah tanah yang digunakan semasa Perang Vietnam pada tahun 50-an hingga 70-an.

Menurut Mr. An, ruang udara dalam terowong bawah tanah agak terhad, bercakap pun tak boleh. Takut jugak sebelum masuk terowong. Akhirnya kami hanya masuk terowong yang paling tinggi dan paling pendek.















Kereta kebal ni suatu ketika dahulu pernah membunuh ramai orang, sekarang jadi perhiasan sahaja.













Kami turut diberi peluang untuk menembak menggunakan peluru hidup. Bunyinya sangatlah memeritkan telinga. Ada yang bahu sampai merah-merah sebab menahan lantunan senjata ni lepas menembak.









Inilah dia terowong yang dimaksudkan tadi. Terowong yang dikenali sebagai Chu Chi Tunnels ini walaupun ada yang lebih dalam, tapi kami memilih jalan selamat untuk masuk terowong yang hanya 4 meter dalam dan 20 meter panjang.




















Bergambar kenangan dulu sebelum meninggalkan lokasi perang.















Makan tengahari di Satay House. Juga milik orang Melayu. Makanannya sedap-sedap. Depan Satay House ini berderet orang Vietnam yang datang semata-mata hendak menjual barangan murah seperti dompet, baju, cermin mata, dan lain-lain lagi kepada kami.


















Melawat ke Muzium Perang. Banyak gambar-gambar yang menarik dan ngeri dekat sini. Teruk sebenarnya perang Vietnam-Amerika dulu. Tapi sekarang menurut Mr. Dom, masyarakat Vietnam nak lupakan perkara dulu dan teruskan hidup dengan lebih baik. Sekarang hubungan Vietnam-Amerika dah baik.








Jenguk ke tempat hukuman pancung. Semua tak berani duduk kat tempat ni untuk bergambar. Risau pemotong tu tiba-tiba terjatuh sendiri.
Tak ketinggalan melawat Pejabat Pos Besar Bandar Ho Chi Minh. Pejabat pos ni ada nilai sejarah tersendiri.













Dalam pejabat pos ini memang sangat besar. Reka bentuknya pun sangat menarik. Gambar yang tergantung dalam pejabat pos ini adalah gmbar Ho Chi Minh sendiri. Beliau adalah seorang pemimpin revolusi Vietnam yang juga menjadi Perdana Menteri pada tahun 1945-1955 dan Presiden 1945-1969 Democratic Republic of Vietnam.

Ramai antara kami yang mengambil kesempatan untuk menghantar poskad ke Malaysia di pejabat pos ini.















Hari ke-3


 Tunggu bas depan tangga hotel untuk bergerak ke Sungai Mekong.




Menaiki bot menyelusuri Sungai Mekong. Menurut Mr. Dom, Sungai Mekong adalah sungai yang kelima terpanjang di dunia. Ketika ini kami sedang dibawa ke salah sebuah pulau kecil di Sungai Mekong.











Terdapat kilang memproses kelapa di pulau kecil ini. Kelapa ini diproses untuk menjadi makanan dan kraf tangan. Gula-gula kelapa yang dibuat sungguh sedap dan menyelerakan. Sebahagaian besar daripada kami membelinya untuk dibawa pulang ke Malaysia.


















Ada persembahan kebudayaan yang disediakan untuk semua kumpulan pelancong.





















Rasanya yang ini paling menarik perhatian kami semua. Menaiki sampan di sungai kecil untuk kembali ke bot. Pendayung sampan request hanya rm15 daripada kami untuk perkhidmatan ini. Setiap sampan akan dinaiki 4 orang pelancong dan 2 orang pendayung.


















Pulang sahaja ke hotel, kami diberi peluang untuk berjalan-jalan sendiri ke kedai-kedai berdekatan. Kebanyakan kami ke Pasar Malam untuk membeli baju-baju sebagai souvenir buat famili masing-masing.











Hari ke-4




Hari terakhir kami semua ke Ben Thanh Market untuk membeli kain, telekung, dan pelbagai barangan lain yang murah-murah.

Rata-rata barangan di Ben Thanh Market ini boleh dipotong harganya hingga separuh. Beg yang harga Dong 700,000 pun boleh jadi Dong 300,000. Untuk pengetahuan, Dong 100,000 sama dengan RM 15.






Pilihan pula memang banyak sekali. Pelbagai warna dan pelbagai rekaan. Ada diantara kami yang terpaksa beli beg baru semata-mata untuk memuatkan barangan yang dibeli disini.











Tepat pukul 11 pagi waktu Vietnam, kami semua berkumpul di lobi hotel untuk berangkat ke Lapangan Terbang Bandar Ho Chi Minh. Waktu ini lobi memang penuh dengan beg kami semua.











Flight kami ke Malaysia pada pukul 3.30 petang waktu Vietnam.















Sesuatu yang tak dijangka berlaku ketika kami hampir nak mendarat di KLIA. Hujan dan ribut petir membuatkan kapten kapal terbang itu mengubah keputusan untuk terbang kembali dan berlabuh sementara di Landasan Lapangan Terbang Changi di Singapura sebagai langkah berjaga-jaga. Hampir 2 jam kami tekandas dan akhirnya terbang semula sebelum sampai ke Malaysia pada pukul 10 malam. Alhamdulillah...