Friday, June 29, 2012

'RAHSIA JADI GENIUS' Kini Best Seller!



Meskipun masih baru di pasaran dan perlu bersaing dengan buku-buku motivasi yang lain, buku RAHSIA JADI GENIUS kini mendapat sambutan yang menggalakkan. Menggunakan konsep latih diri yang cuba membongkar kemampuan otak pelajar di tahap paling optimum, buku ini berjaya menarik minat ramai pembaca terutama di kalangan pelajar dan guru. Selain itu turut menjadi perhatian teknik-teknik yang ditampilkan di dalam buku ini termasuk teknik hafalan dengan menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri. Begitu juga dengan kisah-kisah benar yang diceritakan di dalam buku ini bagaimana seseorang pelajar yang malas dan lembab dahulunya mampu bertukar menjadi pelajar yang genius dengan kaedah dan sistem pembelajaran yang betul.



Buku ini sudahpun memasuki media elektronik menerusi Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan rancangan Assalamualaikum di saluran TV Al-Hijrah. Temubual ini dijalankan atas perhatian pihak media ke atas penjualan buku RAHSIA JADI GENIUS yang sangat memberangsangkan dalam waktu yang singkat. Kupasan demi kupasan diolah oleh Cikgu Kamil bagi memuaskan hati penonton dengan harapan mereka akan keluar membeli buku itu sendiri dan membacanya untuk mendapat imput yang lengkap.

Buku RAHSIA JADI GENIUS ini memulakan langkahnya di PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 2012 yang lalu.



Sewaktu di Pesta Buku Antarabangsa itu, penulisnya iaitu Cikgu Kamil diberi peluang untuk memberi sedikit pengenalan berkenaan buku baru tulisannya itu. Menurutnya, buku RAHSIA JADI GENIUS bukan semata-mata penulisan tetapi ia adalah kajian terperinci serta survey yang dilakukan olehnya sendiri lalu diterjemahkan ke dalam sebuah buku bagi membantu pelajar-pelajar sekolah yang ada masalah ketidakpercayaan untuk berjaya.
 



Cikgu Kamil selepas itu menjadi perhatian ramai pelajar-pelajar sekolah yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa untuk mengetahui serba sedikit berkenaan buku RAHSIA JADI GENIUS. Cikgu Kamil turut memberikan serba sedikit tips dan teknik yang mudah untuk menghafal dalam sesuatu subjek kepada pelajar-pelajar yang hadir.

 


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi turut berjumpa Cikgu Kamil dan penulis-penulis yang lain. Cikgu Kamil sempat mengambil kesempatan untuk memperkenalkan buku RAHSIA JADI GENIUS kepada beliau.




Sebelum pulang, Cikgu Kamil masih tidak putus menerima kedatangan pelajar-pelajar dan ibubapa yang ingin bergambar serta tandatangan Cikgu Kamil. Bermula di Pesta Buku Antarabangsa 2012 inilah, buku RAHSIA JADI GENIUS mula menjadi sebutan daripada mulut ke mulut, sekolah ke sekolah, tempat ke tempat hingga akhirnya kini menjadi salah sebuah buku BEST SELLER di kedai-kedai buku.

Kepada mereka yang masih belum mendapatkan buku RAHSIA JADI GENIUS ini, cepat-cepat dapatkannya sekarang sebelum stok kehabisan.

PS: Temui Cikgu Kamil di Pesta Buku Selangor yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) di Bandar Shah Alam, Selangor pada 2 Julai 2012, jam 1 petang!



Tuesday, June 26, 2012

Sebuah buku yang dinanti-nantikan oleh orang ramai!!!




DULU PENCUCI KINI PENGURUS

Mohd Rafi Jalaluddin
RM 11.00




















Sinopsis

MOHD RAFI hanya bermula sebagai seorang tukang cuci - kerjaya yang tidak pernah diangankan oleh sesiapa pun. Hakikatnya, kerjaya itulah yang membawanya ke tahap yang lebih baik hari ini. Rasa malu yang menebal digantikan dengan usaha gigih untuk menjadi tukang cuci yang terbaik. Hasil dorongan penyeliaannya, Mohd Rafi berjaya membuktikan dirinya juga mampu berdiri setanding orang lain.

Kejayaannya bukan datang bergolek. Dia berusaha tanpa berputus asa dan tanpa mengira jemu berserta kesabaran yang jitu. Dia tidak hanya berserah pada nasib, tetapi terus cuba memperbaiki diri agar tidak perlu terus-terusan berasa malu. Dia percaya, dia juga mampu berjaya seperti orang lain.

Buku ini pilihan tepat untuk anda yang sedang mencari formula bagi membantu memecahkan 'tembok kebal' dalam diri yang sering menjadi penghalang kejayaan. Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit?

Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!

Buku terbaru Tan Sri Abdullah Ahmad di pasaran!!!



BERANI 
TANPA SEGAN

Tan Sri Abdullah Ahmad
RM 17.00























Sinopsis

RAMAI orang kata dia kebal, sebab itu dia berani menulis apa sahaja. Tetapi bagi Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih dikenali 'Dolah Kok Lanas' @ 'DKL', dia menulis apa yang dirasakan perlu. Katanya: "Saya tidak ada kekebalan, yang ada hanyalah kebenaran."

Baik di media dalam mahupun luar negara, semua tulisannya - juga ceramah-ceramahnya di pentas global adalah berdasarkan kebenaran. Coretan dan kata-katanya adalah hasil penelitian selama berpuluh tahun sebagai wartawan, ahli politik, anggota kabinet dan diplomat.

Lahir dan memulakan pendidikan awal di Kelantan, DKL memasuki sekolah elit MCKK dan alumni Cambridge dan Harvard. Menerima latihan politik daripada Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, dia pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen, anggota kabinet dan Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tetapi, pengalaman paling menarik ialah sebagai wartawan dan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times di mana dia memperoleh kemahiran menulis. Walaupun telah sepuluh buku dihasilkan, pena DKL tidak pernah tumpul. "Saya akan terus menulis," katanya.