Monday, February 27, 2012

Novel Best daripada Dr.Tuah!!!

Enrique Mengundang Jauh
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj

Harga: RM 17.00














Catatan lama menunjukkan kekuasaan Portugis ke atas Melaka. Kemasukan Portugis pada tahun 1511 telah menghancurkan kegemilangan kesultanan melayu Melaka pada waktu itu. Diketuai Afonso de Albuquerque, Portugis menawan panglima-panglima Melaka dan dibawa ke Portugal untuk dijadikan hamba abdi. Dikalangan panglima-panglima berkenaan, muncul seorang yang mengubah sejarah dunia.


Kisah Panglima Awang diceritakan oleh Tuk Wi kepada Mazil. Seorang panglima perang Melaka yang bersahabat baik dengan pelayar terkemuka, Ferdinand de Magellan. Persahabatan mereka sungguh kukuh sehingga belayar mengelilingi dunia bersama-sama. Salasilah keturunan menjadi bukti darah yang mengalir di tubuh Tuk Wi adalah darah yang sama dengan Panglima Awang. Demi mencari kebenaran, Mazil menjelajah ke Eropah seorang diri.


Pengembaraan Lester Roylizam mengelilingi dunia adalah untuk mencari siapa dirinya yang sebenar. Di saat dia dihimpit kesusahan, seseorang telah mengirimkan kepadanya sebuah manuskrip catatan perjalanan lama yang tidak dihabiskan. Persoalan demi persoalan mula timbul apabila Lester cuba merungkaikan rahsia disebalik manuskrip berkenaan. Akhirnya dia memilih untuk meneruskan penjelajahan catatan lama itu demi menamatkan manuskrip itu dengan sempurna.


Enrique Mengundang Jauh - merupakan karya H.M Tuah Iskandar. Ia berkisarkan perjalanan tiga manusia di tiga zaman yang berbeza. Namun matlamat yang dipegang tetap sama, demi memartabatkan bangsa Melayu.


Pengembaraan yang dipenuhi rintangan ini memerlukan segala kekuatan untuk menamatkannya. Pegangan agama dan tahap keimanan sering kali menggoncang jiwa. Oleh itu kesabaran dan ketabahan diperlukan secara berpanjangan untuk berjaya. Cinta yang datang secara tiba-tiba pula menjadi penguji kepada kekuatan hati dan nafsu.


Penjelajahan ini bermula apabila Panglima Awang ditangkap untuk dijadikan hamba abdi oleh Afonso de Albuquerque. Namun dirinya telah dibeli oleh Ferdinand de Magellan. Demi membuktikan bumi ini bulat, Ferdinand menyahut cabaran Raja Sepanyol untuk mengelilingi dunia dengan menjadikan Panglima Awang sebagai pembantunya. Malangnya Ferdinand mati di pertengahan jalan akibat serangan musuh. Panglima Awang kemudian meneruskan perjalanan hingga sampai semula ke Sepanyol. Peristiwa ini menunjukkan orang melayu adalah orang pertama yang mengelilingi dunia. Namun atas sebab arahan Raja Sepanyol, penganugerahan tetap diberikan kepada Ferdinand.

Skor 5A UPSR
Mohd Razali Kamarudin

Harga: RM 11.00















“Hanya beberapa bulan sahaja lagi saya nak ambil exam UPSR. Sempat ke saya nak study dalam masa-masa terdekat ni? Padahal saya belum mengulangkaji sepenuhnya. Apa nak buat ni?”


Masalah seperti ini kerap dihadapi oleh kebanyakan pelajar apabila tiba musim peperiksaan. Percaya atau tidak, sebenarnya setiap pelajar mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan jika mereka mengamalkan teknik dan strategi belajar yang betul. Inilah kunci kejayaan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang.

Buku SKOR 5A UPSR akan mendedahkan teknik belajar berkesan yang boleh diikuti. Tip-tip belajar di dalamnya bukan sahaja boleh digunakan ketika menghadapi peperiksaan UPSR, malah apa jua peperiksaan yang akan ditempuhi sepanjang bergelar pelajar. Insya-ALLAH… keputusan cemerlang pasti dapat dicapai.