BAKAL terbit di pasaran!
JOM BERTUAH
Penulis : DR. HM TUAH ISKANDAR al-HAJ
Harga : RM12.90 shj!
Sinopsis :
Tuah. Siapa yang tidak mahu tuah? Menyebutnya sahaja sudah menimbulkan rasa teruja, apatah lagi menerimanya. Akan tetapi, tidak semua manusia diberi peluang untuk merasa tuah apatah lagi menjadi bertuah. Malah, tuah juga tidak datang bergolek melainkan melalui usaha yang gigih dan berterusan. Tambah molek jika usaha disertakan dengan hati yang jujur dan ikhlas. Bukan sahaja dapat menambah saham untuk ke sana tetapi juga akan dihormati dan disegani manusia sejagat.
Tiada gunanya usaha yang datang bersama sifat hasad dengki, cemburu dan sakit hati demi menggapai impian sendiri. Tanamkan sifat hormat-menghormati dan bantu-membantu di dalam diri.
Semoga anda semua menjadi orang yang betul-betul bertuah!
MASIH BUJANG? RELAKSLAH!
Penulis : KREISYA REISYA
Harga : RM15 shj!
Sinopsis :
Andakah si bujang yang sedang menanti putera puteri idaman yang tak kunjung-kunjung tiba? Atau anda bujang berusia emas yang masih meniti kehidupan bertemankan kesepian? Bersenandung dalam duka, berbicara sepi tanpa teman?
Jika anda masih terkial-kial mencari pasangan hidup, buku inilah jodoh sementara anda. Buku ini akan menemani anda berkongsi suka dan duka, resipi dan petua, pengalaman dan perasaan dalam mengharungi usia bujang. Jom kita nikmati dan raikan setiap detik usia membujang, setiap saat nafas kehidupan. Bujang atau tidak, selagi nadi berdenyut, itulah anugerah kehidupan untuk dimanfaatkan.
Nah, apa lagi? Milikilah daku kerana daku akan menemanimu, menceriakan hatimu dan memberi satu semangat baru-bahawa kitalah bujang-bujang yang cemerlang, gemilang dan tetap unggul!
NANTIKAN KEMUNCULAN BUKU-BUKU INI DI PASARAN! UPDATE BOLEH DIPEROLEH DI WEBSITE RASMI www.alaf21.com.my