Antologi Jiwa Kacau
RM 22.00
Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lyn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh
Sebuah antologi himpunan kisah thriller yang pasti mendebarkan pembaca!
Tragedi Di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita
dikejutkan dengan suara Jul yang
berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya
Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya
juga tidak diketahui.
Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan
kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari
rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia
diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba
perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.
Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan
rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di
Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang
daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang
memburu mereka untuk membalas dendam.
Buru Bayangan Luka
Selepas kematian bapa, Azalea
menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba
untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang
pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang
disampaikan Azalea kerana penyakitnya.
Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang
dalam satu pembunuhan ngeri.
Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya.
Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang
yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.

No comments:
Post a Comment