Thursday, January 5, 2012

HEBAT MENULIS


Tahukah anda bahawa anda boleh menjadi seorang penulis? Malah bukan sekadar penulis, tetapi penulis yang baik. Hinggakan penulisan anda setanding dengan penulisan-penulisan golongan profesional di Malaysia. Perkara ini tidak mustahil untuk berlaku meski pun anda tidak mahir menulis pada saat ini.


Memang benar pada awal penulisan, anda akan terkial-kial memikirkan cara penulisan yang bagaimana perlu dipersembahkan. Kami ingin berkongsi 10 langkah penting bersama anda, untuk menjadi seorang penulis profesional.


Hanya dengan menggunakan 10 langkah ini, kami percaya anda akan mampu menguasai dunia penulisan tidak kira sama ada penulisan blog, kreatif, skrip, buku dan lain-lain. Ini kerana kami sangat yakin dengan kekuatan 10 langkah ini.


Tetapi 10 langkah ini hanya akan berhasil jika anda benar-benar mengamalkannya dan menolak sikap-sikap negatif seperti malas dan bertangguh. Sebaliknya anda perlu semaikan diri anda dengan nilai-nilai positif seperti bersabar dan tidak putus asa.


10 Langkah Menjadi Penulis yang Baik


1. Tulis.

2. Tulis lagi.

3. Tulis lebih lagi.

4. Tulis lebih lagi dari tadi.

5. Tulis bila rasa tidak mahu menulis.

6. Tulis bila rasa mahu menulis.

7. Tulis bila ada sesuatu hendak diluahkan.

8. Tulis bila tiada apa hendak diluahkan.

9. Tulis setiap hari.

10. Teruskan menulis.



Mudah bukan? Anda tidak perlu bersusah payah dan berhujan panas untuk menjadi seorang penulis yang baik. Anda hanya perlu menulis dan menulis dan terus menulis. Karya anda nanti pasti akan jadi rebutan syarikat-syarikat penerbit buku. Pada ketika itu anda sudah mampu berbangga dengan hasil usaha anda untuk menjadi penulis yang baik.


Tetapi peringatan juga buat anda. Manusia memang mudah lupa kesusahan dahulu bila kesenangan sudah menjelma. Disiplin adalah watak utama untuk menjadi seorang penulis yang profesional dan berjaya. Kerjasama yang baik antara penulis dan penerbit buku juga salah satu elemen terpenting.


Jika anda benar-benar meminati bidang penulisan, cubalah hantar karya-karya anda kepada kami. Biar kami sendiri yang nilaikan. Semoga anda berjaya mencuba!



P/S: Unit Umum GBK mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis-penulis yang sudi menghantar biodata dan gambar kepada kami. Kerjasama anda amat kami hargai.








Tuesday, January 3, 2012

MUDAHNYA SERVIS KERETA...





Percaya atau tidak, jika kereta anda rosak, kebiasaannya ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk dibaiki. Sebenarnya anda boleh mengelakkan kerosakan itu daripada berlaku. Contohnya kerosakan yang melibatkan kebocoran pada radiator, kos untuk baik pulih sudah tentu melebihi RM500.

Kenapa kosnya begitu tinggi? Enjin kereta anda mati sewaktu anda sedang memandu dan meter tempreture menunjukkan H, tetapi tangan anda ‘gatal’ untuk cuba menghidupkan semula enjin tersebut sedangkan ia tidak boleh dihidupkan lagi. Bila keadaan ini berlaku, bermulalah episod membaik pulih kereta yang melibatkan kos yang tinggi, upah menunda kereta, overhaul, alat ganti dan macam-macam lagi.

Sekiranya anda tahu selok belok penyelenggaraan pada kereta yang anda pandu, sudah tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Malah mekanik juga tidak boleh mengambil kesempatan ke atas anda. Andaikan anda tahu tentang penyelenggaraan kereta anda, kos yang melibatkan RM500 mungkin dapat dikurangkan kepada RM200 ke bawah. Dengan ilmu yang ada, anda mampu menjimatkan wang anda daripada penggunaan berlebihan.

Selain itu, sudah menjadi trend masyarakat kita bila tiba musim perayaan atau cuti sekolah, masa itulah baru nak hantar kereta masing-masing ke pusat servis. Perkara yang paling menakutkan apabila tiba di pusat servis bila macam-macam pulak rosaknya. Drive shaft rubber boot kena tukar, radiator hose kena tukar, head gasket kena tukar, clutch plate pun kena tukar. Akhir sekali cuti entah ke mana, raya pun entah ke mana sebab duit sudah banyak dikeluarkan untuk membaiki kereta.

Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kereta terpakai. Ini kerana kereta terpakai kebiasaannya tidak disertai dengan buku log servis seperti kereta baru. Malahan anda sendiri tidak tahu bagaimana pemilik kereta yang sebelum ini menjaga kenderaan tersebut. Jika anda belum berkereta dan berhajat untuk membeli kereta terpakai, sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu anda lihat.

Jadi bagaimana agaknya anda nak dapatkan pengetahuan asas berkenaan kereta anda sendiri?

Saya cadangkan anda dapatkan terus sebuah buku terbitan Grup Buku Karangkraf yang bertajuk “RAGAM KERETA”. Melalui buku ini, anda akan dapat melihat sendiri komponen-komponen kereta yang utama kerana setiap page disertakan dengan gambar. Ini pasti memudahkan anda untuk memahami kereta anda. Lebih-lebih lagi buku Ragam KERETA menggunakan huraian yang mudah dan santai. Rasa seperti anda berada disamping mekanik peribadi anda. Jika anda mahu membeli kereta terpakai pula, segera dapatkan buku “TIP MEMBELI KERETA TERPAKAI”. Kedua-duanya sangat berguna.

Dapatkan sekarang juga. Sure tak rugi!

Ragam Kereta
Mohd Harith Ahmed Khalil

RM 11.00










Membeli Kereta Terpakai
Mohd Harith Ahmed Khalil
RM 10.00