Tuesday, April 3, 2012

Koleksi terbaik buku-buku Dato' Abdul Jalil Ali




Asam Garam Gula & Kopi
Abdul Jalil Ali

Harga: RM 13.00







Sinopsis

Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini bermula dari angka sifar. Begitu juga ibaratnya sebuah perkahwinan. Bertatih dari tingkat pertama hinggalah berjaya membina sebuah rumah tangga yang aman dan bahagia.

Buku Asam Garam Kopi & Gula ini merupakan kompilasi pelbagai cerita dari majalah Pesona Pengantin dan Majalah Seri Dewi & Keluarga tentang gelagat lelaki dan wanita sebelum dan selepas menempuh alam perkahwinan.

Pelbagai kisah dan karenah yang melucukan dipaparkan dari pandangan mata pena penulis. Setiap artikel cukup menarik kerana ia ditulis dengan gaya yang santai dan bahasa yang humor. Namun, di sebalik ketawa dan senyuman, ia sebenarnya mengandungi mesej teladan dan sempadan terutama bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan.






Kopi O Tanpa Gula
Abdul Jalil Ali

Harga: RM 13.00





  
Sinopsis


KOPI O TANPA GULA memaparkan pelbagai rencah kehidupan yang disampaikan dalam nada santai, tapi cukup sinis. Sememangnya, ada 1001 macam kisah yang terjadi setiap hari, semuanya mempunyai cerita dan kemanisan tersendiri.

Jadi, walaupun tidak boleh mengambil gula, kehidupan masih boleh diceriakan dengan kemanisan lain. Senyumlah selalu, kerana senyuman juga adalah satu kemanisan.





Dari Menara KL
Abdul Jalil Ali

Harga: RM 15.00






Sinopsis


Kompilasi tulisan pengarang dalam ruangan Dari Menara KL di akhbar Sinar Harian. Koleksi tulisan disampaikan secara santai merangkumi hal berkait isu semasa, kemasyarakatan, budaya setempat, kesihatan, perundangan dan human interest. Bagi peminat yang telah memiliki karya beliau sebelum ini iaitu, Asam Garam Gula Kopi, Teh Tarik Kurang Manis, dan Kopi-O Tanpa Gula, seharusnya naskhah ini perlu melengkapkan koleksi mereka.






Teh Tarik Kurang Manis
Abdul Jalil Ali

Harga: RM 13.00








Sinopsis


Buku terbaru daripada Abdul Jalil Ali yang bertajuk 'Teh Tarik Kurang Manis'. Pastikan anda mendapatkannya di kedai-kedai berhampiran.

"Di luar jangkaan saya, buku pertama 'Asam Garam, Gula & Kopi' mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pembaca. Ada kawan-kawan kata, gambar saya yang kacak seperti Shah Rukh Khan itu menyebabkan orang tertarik untuk membeli. Hehe...saya tahu kawan-kawan cuma bergurau!

Saya percaya, tarikan sebenarnya ialah kerana siri tulisan di majalah Seri Dewi & Keluarga, Pesona Pengantin dan Midi. Apa yang ditulis adalah berdasarkan pengamatan seorang wartawan, juga pengalaman sepanjang 25 tahun menjadi ayah kepada anak-anak(empat orang) dan menjadi suami kepada isteri (hanya seorang!). Semua ini menjadi 'asam garam' dan 'teh tarik' dalam setiap coretan saya.

Buku kedua ini, TEH TARIK KURANG MANIS juga adalah rempah ratus kehidupan harian yang saya lihat, dengar dan rasa. Ada suka, duka, syahdu, lentok, miang, pedas, pahit dan manis. Marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman untuk mengecap kebahagiaan!"

Monday, April 2, 2012

Berat Badan Bertambah?


Kawal Berat Badan
Bahrin Samah

Harga: RM 10.00















 
Sinopsis

Masalah berat badan dan obesiti semakin menjadi-jadi di negara kita. Punca setiap individu menjadi obes berbeza-beza. Pelbagai faktor mempengaruhi termasuk gaya hidup yang melibatkan pemakanan, stres, keseimbangan metabolisme, bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh serta hasil tindak balas tubuh terhadap makanan yang dimakan.

Obesiti bukan sekadar masalah kosmetik yang kelihatan. Ia adalah ancaman kepada kesihatan dan umur anda. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Fakta-fakta menarik berkaitan masalah berat badan dibincangkan secara terperinci dalam bab-bab tersendiri. Langkah-langkah mudah mengawal berat badan juga dijelaskan sebagai panduan berguna untuk anda.

Selain mengandungi pengetahuan yang boleh membantu mengawal atau mengurangkan berat badan, pengalaman pengetahuan dalam buku ini juga boleh membantu anda melambatkan proses penuaan. Semoga anda menjadi insan yang sihat, tegap, kuat, ceria dan cemerlang.