Hebatnya Susu Ibu
Rita Rahayu Omar
Harga: RM 23.00
Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini
lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu
formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip
menyusukan anak bagi ibu bekerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan
bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah
menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak
melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan
susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian
pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat,
anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan
pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak.
Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari
hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.
