Monday, November 18, 2013

Buku travelog menarik yang memberikan motivasi! Sangat best!







Ulu Yam Di Liverpool
Nazali Noor

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-900-0
Halaman: ~496
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Kategori: Umum
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Sinopsis
Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah ‘pencuri impian’. Kata mereka, “Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!”

Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi.

Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan.
“Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat.” - Nazali Noor.

Buku ULU YAM DI LIVERPOOL – membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.
 
Untuk pembelian secara dalam talian sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3636 atau muat turun sahaja ke dalam tablet dan telefon anda melalui eMall.

Motivasi santai bersama Norden Mohamed, Ketua Pengarang Sinar Harian!

 


 
 
Maaf Cakap

Norden Mohamed

Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-881-2
Halaman: ~376
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Kategori: Umum
 
 


 
 
 
 
 
 
 
Sinopsis
Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang saudara.

‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai.

Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.
 
Untuk pembelian secara dalam talian sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3637  atau muat turun sahaja ke dalam tablet dan telefon anda melalui eMall.



Buku Dato Saifuddin Abdullah di pasaran sekarang!










Memacu Transformasi
Dato' Saifuddin Abdullah

Harga: RM 11.00
ISBN: 978-983-124-898-0
Halaman: ~168
Berat: 200 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Kategori: Umum






Sinopsis
 
Dato’ Saifuddin Abdullah menganggap Program Transformasi Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, adalah pendekatan perubahan yang terbaik buat Malaysia. Menurutnya, transformasi tersebut ialah satu proses ‘dynamic stabilism’ yang bersesuaian dengan warisan, wajah dan wawasan kita. Ia komprehensif dari segi bidang, penggubalan, pelaksanaan dan penilaiannya. Malah, ia lebih komprehensif daripada inisiatif-inisiatif hampir sama di negara-negara maju. Ia telah membuahkan hasil-hasil positif dan perlu dipacu bersama.

Sebagai ahli politik yang progresif, Saifuddin membahaskan transformasi ini melalui kolumnya di akhbar Sinar Harian. Buku ini merupakan kompilasi 50 rencana tersebut yang meliputi aspek pendidikan, belia dan mahasiswa, realiti dan politik baru, UMNO/BN, PRU13 dan ekonomi. Ia ditulis dengan artikulatif dan kritikal sambil mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan. Ia wajar menjadi bacaan dan rujukan aktivis dan penganalis isu-isu kontemporari Malaysia.

Untuk pembelian secara dalam talian sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3634 atau muat turun sahaja ke dalam tablet dan telefon anda melalui eMall.