ACUAN MINDA
Profesor Dr. Sidek Baba
Harga: RM 10.00
Untuk pembelian secara online, sila layari:
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=982
Al-Quran dan sunnah terkandung sumber ilmu. Apabila pemikiran manusia
yang terbatas dipandu oleh ilmu dari ALLAH dan Rasul, ia bakal memberi
suluh pemikiran dan cahaya hidup. Dalam kitab suci al-Quran ada
menyatakan bahawa orang yang berilmu adalah tidak sama dengan yang tidak
berilmu. Malah, Rasulullah s.a.w memberikan asas bahawa keperluan hidup
di dunia memerlukan ilmu dan kehidupan di akhirat juga memerlukan ilmu.
Modal insan yang dibangunkan adalah asas yang membawa kepada perubahan. Ilmu yang memperkasa modal insan bakal melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Tunjang kepada pembangunan modal insan ialah ilmu yang integratif. Ilmu mengurus diri dan mengurus sistem adalah amat penting sebagai landasan membangunkan negara dan bangsa. Penerapan nilai-nilai Islamisasi adalah amat penting dalam merealisasikan matlamat menjana kualiti modal insan mengikut acuan kita sendiri.

No comments:
Post a Comment