Tuesday, January 31, 2012

Grup Buku @ Karnival Karangkraf 2012




Lebih 200,000 pengunjung menyerbu Karnival Karangkraf 2012 pada 27, 28 dan 29 Januari yang lalu bagi mendapatkan harga runtuh buku terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.




Grup Buku Karangkraf menjual buku hingga serendah RM 3 sahaja. Ada juga yang dijual dengan harga RM 5 dan RM 10. Buku-buku yang lain pula dijual dengan diskaun hingga 30 peratus. Sungguh murah!



Kebanyakan mereka tiba seawal jam 8 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Termasuklah aktiviti berjumpa sendiri penulis-penulis buku kegemaran masing-masing. Grup Buku Karangkraf menampilkan semua penulis-penulis popularnya sebagai hadiah buat pembaca-pembaca setianya yang hadir ke Karnival Karangkraf.















Walaupun 500 tempat letak kereta disediakan oleh Karangkraf, namun jumlah itu tidak mampu menampung kapasiti pengunjung-pengunjung yang hadir beramai-ramai untuk merasai kemeriahannya. Jadi terpaksalah sebahagian besar pengunjung parking kenderaan mereka di tepi-tepi jalan. Meskipun kenderaan begitu banyak, jalan pula agak sesak, namun pengunjung tetap juga setia untuk hadir. Syabas!


Pelbagai lapisan umur tidak melepaskan peluang mendapatkan bahan bacaan. Hasil tinjauan yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian, mereka mendapati khemah Grup Buku paling mendapat sambutan dan ia mula diserbu pengunjung seawal jam 8 pagi dan mula bersurai selewat jam 10 malam. Hanya hari terakhir sahaja pengunjung bersurai awal disebabkan Karnival tamat pada jam 9 malam.

Kesetiaan pengunjung jelas terbukti kepada Grup Buku Karangkraf, apabila mereka masih memilih buku serta beratur panjang untuk membuat pembayaran walaupun tempoh belian tamat pada jam 9 malam. Fenomena ini turut menyebabkan sebahagian buku telah dicetak semula memandangkan penjualan yang menggalakkan pada hari pertama.