Friday, June 29, 2012

'RAHSIA JADI GENIUS' Kini Best Seller!



Meskipun masih baru di pasaran dan perlu bersaing dengan buku-buku motivasi yang lain, buku RAHSIA JADI GENIUS kini mendapat sambutan yang menggalakkan. Menggunakan konsep latih diri yang cuba membongkar kemampuan otak pelajar di tahap paling optimum, buku ini berjaya menarik minat ramai pembaca terutama di kalangan pelajar dan guru. Selain itu turut menjadi perhatian teknik-teknik yang ditampilkan di dalam buku ini termasuk teknik hafalan dengan menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri. Begitu juga dengan kisah-kisah benar yang diceritakan di dalam buku ini bagaimana seseorang pelajar yang malas dan lembab dahulunya mampu bertukar menjadi pelajar yang genius dengan kaedah dan sistem pembelajaran yang betul.



Buku ini sudahpun memasuki media elektronik menerusi Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan rancangan Assalamualaikum di saluran TV Al-Hijrah. Temubual ini dijalankan atas perhatian pihak media ke atas penjualan buku RAHSIA JADI GENIUS yang sangat memberangsangkan dalam waktu yang singkat. Kupasan demi kupasan diolah oleh Cikgu Kamil bagi memuaskan hati penonton dengan harapan mereka akan keluar membeli buku itu sendiri dan membacanya untuk mendapat imput yang lengkap.

Buku RAHSIA JADI GENIUS ini memulakan langkahnya di PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 2012 yang lalu.



Sewaktu di Pesta Buku Antarabangsa itu, penulisnya iaitu Cikgu Kamil diberi peluang untuk memberi sedikit pengenalan berkenaan buku baru tulisannya itu. Menurutnya, buku RAHSIA JADI GENIUS bukan semata-mata penulisan tetapi ia adalah kajian terperinci serta survey yang dilakukan olehnya sendiri lalu diterjemahkan ke dalam sebuah buku bagi membantu pelajar-pelajar sekolah yang ada masalah ketidakpercayaan untuk berjaya.
 



Cikgu Kamil selepas itu menjadi perhatian ramai pelajar-pelajar sekolah yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa untuk mengetahui serba sedikit berkenaan buku RAHSIA JADI GENIUS. Cikgu Kamil turut memberikan serba sedikit tips dan teknik yang mudah untuk menghafal dalam sesuatu subjek kepada pelajar-pelajar yang hadir.

 


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi turut berjumpa Cikgu Kamil dan penulis-penulis yang lain. Cikgu Kamil sempat mengambil kesempatan untuk memperkenalkan buku RAHSIA JADI GENIUS kepada beliau.




Sebelum pulang, Cikgu Kamil masih tidak putus menerima kedatangan pelajar-pelajar dan ibubapa yang ingin bergambar serta tandatangan Cikgu Kamil. Bermula di Pesta Buku Antarabangsa 2012 inilah, buku RAHSIA JADI GENIUS mula menjadi sebutan daripada mulut ke mulut, sekolah ke sekolah, tempat ke tempat hingga akhirnya kini menjadi salah sebuah buku BEST SELLER di kedai-kedai buku.

Kepada mereka yang masih belum mendapatkan buku RAHSIA JADI GENIUS ini, cepat-cepat dapatkannya sekarang sebelum stok kehabisan.

PS: Temui Cikgu Kamil di Pesta Buku Selangor yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC) di Bandar Shah Alam, Selangor pada 2 Julai 2012, jam 1 petang!



No comments: