Tuesday, July 2, 2013

Karier hebat untuk anda!



Fadzilah Jabar


Harga: RM 12.00
ISBN: 978-983-124-597-2
Halaman: ~144
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 21 Sep 2010
Kategori: Umum
 
 
 
 
 
SELEPAS menamatkan pelajaran peringkat menengah atau universiti, pasti impian anda seterusnya adalah untuk mendapat kerja yang diidamkan. Bagi mereka yang bermotivasi tinggi, sudah tentu menyimpan cita-cita untuk terus meningkat dalam karier yang mereka ceburi. Hasilnya, mereka mampu hidup selesa dengan apa yang mereka miliki.

Namun untuk membina kejayaan ini, pasti ia bukan semudah yang diperkata atau diangan-angankan. Anda perlu bekerja keras dan mempunyai strategi untuk mencapai impian anda. Bermula dari bawah, anda harus pertingkatkan prestasi sehingga dilabel sebagai pekerja cemerlang. Dari situ teruskan langkah anda meniti tangga kecemerlangan satu per satu tanpa menoleh ke belakang lagi. Buku HEBAT DALAM KARIER ini merupakan kompilasi artikel dari majalah Dara.com. Tujuannya untuk berkongsi idea dan tip-tip istimewa bagi membantu anda mengekalkan semangat kendiri dan terus hebat dalam dunia pekerjaan. 
 
Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda atau layari http://mall.karangkraf.com/  untuk pembelian secara online. Jika mahu dapatkan dalam bentuk ebook, sila ke http://emall.karangkraf.com/.

Selamat membaca!

Monday, July 1, 2013

Beli buku secara online!!!







Tahukah anda cara termudah untuk membeli bahan bacaan yang menarik pada hari ini? Sekarang semuanya boleh buat secara online! Asalkan ada talian internet, anda semua sudah boleh membeli bahan bacaan yang anda inginkan dengan hanya menggunakan jari.

Pelbagai bahan bacaan boleh dipilih. Daripada majalah-majalah terbaru hinggalah majalah-majalah 'terlama' dan buku-buku terkini hinggalah buku-buku 'terkuno', kedua-duanya boleh didapati menerusi laman sesawang http://mall.karangkraf.com/ dan seterusnya buat tempahan anda.

Jika anda menggunakan tablet atau smartphone, dan anda mahukan bahan bacaan yang berbentuk ebook, sila dapatkan bahan bacaan tersebut menerusi aplikasi eMall. Muat turun aplikasi berkenaan melalui Google Play di Android anda atau melalui Apps Store di Apple. Layari laman sesawang eMall di http://emall.karangkraf.com/ untuk maklumat lanjut.

Selamat membaca!

Kehidupan Daripada Kacamata Si Buta




STOP, LOOK, GO! menyingkap pemerhatian dan pemikiran seorang warga istimewa tentang kehidupan masyarakat sekeliling.

Kehidupan yang kita lalui seharian di muka bumi ini, tiada bezanya semasa melalui jalan raya untuk berulang-alik ke tempat kerja atau ke sesuatu destinasi. Setiap perjalanan, sudah pastinya terdapat halangan dan liku. Adakalanya kita terpaksa berhenti, mengelak, mengundur, berhati-hati dan sebagainya. Kesemuanya itu kita lakukan demi keselamatan.

Kita lupa dalam kita selesa, ada yang sesak, dalam kita gembira, ada yang berduka. Lebih malang, ada yang tergamak merampas hak orang lain demi mengejar kemahuan diri. Di mana hilangnya nilai-nilai murni yang sekian lama diterapkan dalam diri kita dahulu?

Ayuh, pandang ke hadapan tetapi tidak salah andai sesekali kita berhenti dan menoleh ke belakang agar kita sentiasa ingat asal usul kita.



Drs Shukur


Harga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-622-1
Halaman: ~224
Berat: 320 gram
Tarikh Terbit: 15 Dis 2010
Kategori: Umum