Permata Di Pintu Kaabah
Munir Ramli
Harga: RM 19.90
Sinopsis
Mesir merupakan salah satu bumi anbiya yang banyak melahirkan
tokoh-tokoh serta ilmuan Islam di dunia. Nama-nama besar seperti Yusuf
Al-Qardawi, Muhammad Sayyid Thanthawi dan Al-Mundziri pastinya menjadi
sebutan di bibir-bibir para pelajar yang dahagakan ilmu. Universiti
Al-Azhar pula menjadi lambang kemegahan Mesir, sebagai pusat penyebaran
ilmu ke serata dunia.
Makkah pula tempat berkumpulnya seluruh umat Islam. Selain dikenali sebagai tempat lahirnya Nabi Muhammad, kiblat yang diarahkan ke sana juga menjadi tanda betapa pentingnya kota suci ini di sisi agama. Setiap tahun, lebih 15 juta manusia akan berada di dalam kota suci ini terutamanya pada musim haji demi memenuhi tuntutan rukun Islam kelima.
Selepas menawan Damascus, penulis meneruskan kembara ke Mesir dan Makkah demi mencari nilam dan mutiara buat bekalan hidup pada masa hadapan. Ilmu-ilmu ini diperlukan bagi menjamin kehidupan yang terbaik dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment