Tuesday, October 11, 2011

Bakal menduduki PMR? SPM? STPM? Buntu bagaimana mahu skor A? Jangan risau. Anda masih belum terlambat. Dapatkan buku motivasi & tips TERBARU kami! NAK A DALAM EXAM

NAK A DALAM EXAM


PENULIS : SIFOO SIDEE
HARGA : RM 9.00
HALAMAN :108


RAMAI pelajar keliru dan tidak tahu kaedah yang terbaik untuk skor A dalam peperiksaan. NAK A DALAM EXAM mampu membantu mereka yang masih tercari-cari kaedah yang sesuai dalam membuat nota. Buku ini mendedahkan teknik membaca yang betul, teknik mengingat juga teknik mencatat nota yang paling berkesan untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan.

Strategi belajar, bagaimana menangani sindrom black out (lupa secara tibatiba) dan pelbagai tip yang mudah untuk diaplikasikan ketika mengulang kaji pelajaran turut dimuatkan di dalam buku ini. Kisah-kisah insan yang mencipta kejayaan luar biasa juga diselitkan untuk menyuntik semangat pelajar supaya tidak mudah berputus asa. Ketahuilah, untuk meraih kejayaan tidaklah terlalu sukar sekiranya pelajar tahu teknik yang betul dan sentiasa positif dalam setiap usaha yang dilakukan. Yang penting, azamkan tekad kata A, fikir A, mesti dapat A!





Sekilas tentang penulis: SIFOO SIDEE:

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Pendidikan dari Universiti Malaya dan mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun dalam mata pelajaran Perdagangan, Ekonomi dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Pernah terlibat dalam penulisan ilmiah dan telah memenangi Pertandingan Mengarang Esei Hari Belia Negara. Juga salah seorang penerima Anugerah Dekan UiTM dan merupakann pelajar cemerlang UM serta Kursus Diploma Pendidikan, Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Panitia Perdagangan dan bertindak sebagai penceramah, motivator serta fasilitator bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM.

Kini bertugas sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKANNYA DI PASARAN SEKARANG! Atau boleh juga terus melanggan dari kami. Klik www.alaf21.com.my untuk maklumat lanjut.