Sunday, August 15, 2010

SALAM RAMADAN


Assalamualaikum w.b.t.



Rasanya masih tidak terlewat untuk kami di Alaf 21 mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana sahaja anda berada ketika dan saat ini. :) Pesan kami, hayatilah bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini di samping menjalankan ibadah-ibadah yang dituntut oleh ALLAH. Dekati Al-Quran, sempurnakan solat, banyakkan berzikir... semoga ibadah-ibadah kita diterima dan diberkati oleh ALLAH. Insya-ALLAH. Moga puasa kita tahun ini lebih bermakna dan lebih sempurna.
SALAM RAMADAN 1431 untuk semua.

Terbaru dari Alaf 21


RAMAI yang tidak menyedari bahawa sikap adalah aset yang sangat bernilai. Ia boleh menentukan kejayaan seseorang, namun ia juga boleh menjatuhkan sekiranya tidak diuruskan dengan betul. Berubah Sebelum Rebah memberikan cara terbaik dalam menangani sikap negatif yang membelenggu hidup anda. Teknik motivasi yang disulami penceritaan ini bukan sahaja menghiburkan, malah anda akan dapat mengenal sikap yang menghalang kemajuan diri.
Paling menarik, ia turut memuatkan kejayaan tokoh-tokoh terkenal untuk membuka minda dan mencetuskan inspirasi. Gantilah kegagalan, kekecewaan, sifat berputus asa dengan semangat dan keyakinan untuk meraih kehidupan yang lebih baik. Perubahan adalah sesuatu yang pasti. Maka, ubahlah sikap negatif pada positif agar kejayaan menjadi hak milik hakiki!



Tajuk: BERUBAH SEBELUM REBAH
Tulisan: AHMAD FAIZAL MOHAMED YUSUP
Harga : RM13
Halaman : 272

** Dipetik dari www.alaf21.com.my