Thursday, July 19, 2012

Buku Motivasi Best Seller Untuk Dibaca!



'Dulu Pencuci Kini Pengurus' jadi Best Seller di MPH!










 
Meskipun baru menulis buku pertama dan langsung tidak meletakkan harapan yang tinggi, buku 'Dulu Pencuci Kini Pengurus' melakar kejayaannya sendiri di kedai buku MPH. Jualan bak pisang goreng panas melonjakkan buku ini ke tangga kedua senarai BEST SELLERS di MPH dalam kategori penulisan tempatan.



Walaupun masih terlalu baru di pasaran, kekuatan buku ini nampaknya mampu menyaingi buku-buku lain yang ditulis oleh penulis-penulis yang lebih berpengalaman dan terkenal. Ternyata buku ini ada kelebihannya yang tidak ada pada buku lain.

 


Penulisnya iaitu Encik Mohd Rafi Jalaluddin turut terkejut dengan jualan yang dicatatkan di MPH. Namun beliau akui, buku ini mempunyai auranya tersendiri kerana tips-tips yang diberikan untuk maju di dalam hidup bukanlah tips-tips kebiasaan, tetapi ia merupakan tips-tips yang telah digunapakai olehnya sendiri dari seorang pencuci hingga menjadi seorang pengurus.


SINOPSIS

MOHD RAFI hanya sebagai seorang tukang cuci - kerjaya yang tidak pernah diangan kan oleh sesiapa pun. Hakikatnya, kerjaya itulah yang membawanya ke tahap yang lebih baik hari ini. Rasa malu yang menebal digantikan dengan usaha gigih untuk menjadi tukang cuci yang terbaik. Hasil dorongan penyelianya, Mohd Rafi berjaya membuktikan dirinya juga mampu berdiri setanding orang lain. 

Kejayaannya bukan datang bergolek. Dia berusaha tanpa berputus asa dan tanpa mengira jemu berserta kesabaran yang jitu. Dia tidak hanya berserah pada nasib, tetapi terus cuba memperbaiki diri agar tidak perlu terus-terusan berasa malu. Dia percaya, dia juga mampu berjaya seperti orang lain.

Buku ini pilihan tepat untuk anda yang sedang mencari formula bagi membantu memecahkan tembok kebal dalam diri yang sering menjadi penghalang kejayaan. Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit? 

Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!

No comments: