Jam 9.30 pagi kami semua sudah mula berkumpul beramai-ramai di perkarangan tempat letak kereta sebagai persediaan untuk memasuki bas ke KLIA. Penerbit Eksekutif GBK, Puan Firdaus Husamuddin turut serta menemani kami di situ untuk memberi sokongan moral serta sedikit nasihat sebelum berangkat.
Bukan itu sahaja, CEO Kumpulan Media Karangkraf sendiri turut membuat kejutan kepada kami dengan memasuki bas di saat-saat akhir semata-mata untuk memberi sokongan moral. Terharu kami dibuatnya...
Tidak sampai 1 jam, kami semua sudah tiba di KLIA. Perasaan ketika tu memang berkobar-kobar. Semangatlah katakan. Tak kira kamera siapa yang menangkap, kami semua pasti berposing.
Lepas check-in di Hotel Hoang Gia Huy, ramai yang memilih untuk ke pasar malam. Pasar ini dibuka pada setiap malam untuk kunjungan pelancong-pelancong. Barang-barang yang dijual pula boleh dapat sangat murah kalau betul-betul bijak menawar!
Hari ke-2
Sarapan di Hotel memang sedap. Tapi tak semuanya boleh dimakan. Kami dinasihatkan untuk memilih dengan betul-betul sebab tak semua makanan yang dihidangkan adalah halal. Kebanyakannya memilih untuk makan roti dengan telur. Ada juga yang hanya bersarapan dengan sayur-sayuran seperti salad, tomato, dan timun.
Menurut Mr. Dom, terdapat lebih 11 juta orang yang tinggal di dalam Bandar Ho Chi Minh. Meskipun Hanoi adalah ibu negara Vietnam, tapi Ho Chi Minh adalah bandar yang terbesar. Majoriti warga Vietnam menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama. Dalam bandar Ho Chi Minh sahaja pengguna motosikal sudah mencapai angka 7 juta orang.
Kami ke Galeri senjata untuk melihat sendiri senapang-senapang perang Vietnam.
Menurut Mr. An, ruang udara dalam terowong bawah tanah agak terhad, bercakap pun tak boleh. Takut jugak sebelum masuk terowong. Akhirnya kami hanya masuk terowong yang paling tinggi dan paling pendek.
Kereta kebal ni suatu ketika dahulu pernah membunuh ramai orang, sekarang jadi perhiasan sahaja.
Kami turut diberi peluang untuk menembak menggunakan peluru hidup. Bunyinya sangatlah memeritkan telinga. Ada yang bahu sampai merah-merah sebab menahan lantunan senjata ni lepas menembak.
Inilah dia terowong yang dimaksudkan tadi. Terowong yang dikenali sebagai Chu Chi Tunnels ini walaupun ada yang lebih dalam, tapi kami memilih jalan selamat untuk masuk terowong yang hanya 4 meter dalam dan 20 meter panjang.
Bergambar kenangan dulu sebelum meninggalkan lokasi perang.
Melawat ke Muzium Perang. Banyak gambar-gambar yang menarik dan ngeri dekat sini. Teruk sebenarnya perang Vietnam-Amerika dulu. Tapi sekarang menurut Mr. Dom, masyarakat Vietnam nak lupakan perkara dulu dan teruskan hidup dengan lebih baik. Sekarang hubungan Vietnam-Amerika dah baik.
Jenguk ke tempat hukuman pancung. Semua tak berani duduk kat tempat ni untuk bergambar. Risau pemotong tu tiba-tiba terjatuh sendiri.
Tak ketinggalan melawat Pejabat Pos Besar Bandar Ho Chi Minh. Pejabat pos ni ada nilai sejarah tersendiri.
Dalam pejabat pos ini memang sangat besar. Reka bentuknya pun sangat menarik. Gambar yang tergantung dalam pejabat pos ini adalah gmbar Ho Chi Minh sendiri. Beliau adalah seorang pemimpin revolusi Vietnam yang juga menjadi Perdana Menteri pada tahun 1945-1955 dan Presiden 1945-1969 Democratic Republic of Vietnam.
Ramai antara kami yang mengambil kesempatan untuk menghantar poskad ke Malaysia di pejabat pos ini.
Hari ke-3
Tunggu bas depan tangga hotel untuk bergerak ke Sungai Mekong.
Terdapat kilang memproses kelapa di pulau kecil ini. Kelapa ini diproses untuk menjadi makanan dan kraf tangan. Gula-gula kelapa yang dibuat sungguh sedap dan menyelerakan. Sebahagaian besar daripada kami membelinya untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Ada persembahan kebudayaan yang disediakan untuk semua kumpulan pelancong.
Rasanya yang ini paling menarik perhatian kami semua. Menaiki sampan di sungai kecil untuk kembali ke bot. Pendayung sampan request hanya rm15 daripada kami untuk perkhidmatan ini. Setiap sampan akan dinaiki 4 orang pelancong dan 2 orang pendayung.
Pulang sahaja ke hotel, kami diberi peluang untuk berjalan-jalan sendiri ke kedai-kedai berdekatan. Kebanyakan kami ke Pasar Malam untuk membeli baju-baju sebagai souvenir buat famili masing-masing.
Hari ke-4
Hari terakhir kami semua ke Ben Thanh Market untuk membeli kain, telekung, dan pelbagai barangan lain yang murah-murah.
Rata-rata barangan di Ben Thanh Market ini boleh dipotong harganya hingga separuh. Beg yang harga Dong 700,000 pun boleh jadi Dong 300,000. Untuk pengetahuan, Dong 100,000 sama dengan RM 15.
Pilihan pula memang banyak sekali. Pelbagai warna dan pelbagai rekaan. Ada diantara kami yang terpaksa beli beg baru semata-mata untuk memuatkan barangan yang dibeli disini.
Tepat pukul 11 pagi waktu Vietnam, kami semua berkumpul di lobi hotel untuk berangkat ke Lapangan Terbang Bandar Ho Chi Minh. Waktu ini lobi memang penuh dengan beg kami semua.
Flight kami ke Malaysia pada pukul 3.30 petang waktu Vietnam.
Sesuatu yang tak dijangka berlaku ketika kami hampir nak mendarat di KLIA. Hujan dan ribut petir membuatkan kapten kapal terbang itu mengubah keputusan untuk terbang kembali dan berlabuh sementara di Landasan Lapangan Terbang Changi di Singapura sebagai langkah berjaga-jaga. Hampir 2 jam kami tekandas dan akhirnya terbang semula sebelum sampai ke Malaysia pada pukul 10 malam. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment