Friday, June 14, 2013

Hadapi cabaran dengan gagah




Harga: RM 12.00
ISBN: 978-983-124-841-6
Halaman: ~176
Berat: 250 gram
Tarikh Terbit: 25 Mac 2013
Kategori: Umum

Buku ini merungkai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap daripada kita dan bagaimana untuk menghadapinya.

Hampir setiap kandungan buku ini lahir daripada pengalaman dan kisah-kisah hidup beberapa orang individu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Laluinya dengan minda yang positif dan aktiviti seharian yang membawa manfaat kepada diri sendiri tetapi dengan penyebaran aura dan faedah kepada orang di sekeliling. Setiap insan yang mengakui milik ALLAH haruslah berpegang teguh pada ayat-ayat suci ALLAH iaitu al-Quran dan hadis kerana setiap yang berlaku tidak boleh dipisahkan daripada ketentuan-NYA.

Apa sahaja yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya, setiap satunya menguji kebijaksanaan kita mentafsirkannya tanpa pandangan negatif dan peribadi yang defensif. Akhirnya, setiap daripada kita pasti akan didefinisikan melalui cara bertindak dan berfikir.


Thursday, June 13, 2013

Terbaru daripada DR. HM Tuah!!!



























Harga: RM 15.00
ISBN: 978-983-124-870-6
Halaman: ~304
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 15 Apr 2013
Kategori: Umum

Cinta itu suci. Tetapi mengapa ada yang sanggup mencemarinya hingga terjebak dengan cinta terlarang? Sedangkan kehadiran cinta adalah untuk membahagiakan, bukan untuk menambah derita…

Cinta memang menyakitkan apabila ada yang menghalang. Hidup bertambah sengsara apabila tidak dapat bersatu dengan orang yang tersayang. Apabila nafsu sudah menguasai, maruah tidak lagi dipeduli sehingga sanggup mengambil nyawa sendiri.

LALUAN KE-2 CINTA TERLARANG membongkar identiti sebenar cinta lantas memberikan jalan alternatif untuk si pencinta. Sebagaimana setiap kegagalan ada laluan kedua untuk ke puncak, cinta terlarang juga tidak terkecuali. Sama ada cinta gelap anak dara, janda, duda, mahupun orang berpunya, laluan kedua itu insya-ALLAH ada di sini.


Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cinta terlarang yang dimaksudkan oleh Dr. Tuah? Dapatkan segera buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda atau beli sahaja secara online menerusi http://mall.karangkraf.com/ atau dapatkan ebook di http://emall.karangkraf.com/.

Juga dapatkan buku 'Laluan Ke-2 Ke Puncak'.




Harga: RM 15.00
ISBN: 978-967-5711-04-6
Halaman: ~216
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 28 Jun 2010
Kategori: Umum

Buku ini mengandungi teknik dan tektik untuk bangkit selepas gagal berkali-kali dalam hidup. Setiap orang ada ruang dan ada peluang untuk bangkit namun tidak ramai yang menyedarinya. Kini laluan ke-2 sudah dibukakan, anda jangan lagi mengalah dan tewas dengan dugaan demi dugaan. Buku ini mengajar anda untuk lulus penuh gaya!

Tuesday, June 11, 2013

Istimewa buat suami isteri

ADUHAI ISTERI
Muhamad Mat Yakim



 

Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-842-3
Halaman: ~336
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 15 Apr 2013
Kategori: Umum


Bukan bertujuan mahu membakar semangat perkauman. Bukan juga untuk menegakkan benang yang basah mahupun melancarkan perang antara gender. Justeru, jika berlaku Perang Dunia di mana-mana, jangan salahkan ADUHAI ISTERI. Jangan ada sesiapa yang menyangka bahawa hadirnya ADUHAI ISTERI ini adalah untuk menggalakkan pertelingkahan antara suami dan isteri atau sengaja membesar-besarkan jurang perbezaan. ADUHAI ISTERI sekadar berkongsi kisah agar sama-sama dapat memperbaiki diri.

Dalam sesebuah perhubungan, kita harus berterus terang tidak kira sebagai suami, isteri mahupun kekasih. Jangan simpan keburukan di bawah karpet kerana sikap itu lama-kelamaan hanya akan membikin karpet bertukar reput.

ADUHAI ISTERI adalah semata-mata kompilasi kisah pengalaman suka duka, pahit manis yang melibatkan orang biasa dan diceritakan semula oleh orang biasa. Yang menjadikannya luar biasa hanyalah kerana cerita-cerita biasa ini diberi perhatian yang luar biasa.

Antara pengisian menarik:

• Henti buli isteri pada bulan puasa
• Hikmah bau ketiak lelaki
• Jangan belajar bahasa Inggeris daripada isteri
• Lelaki curang lebih cepat mati
• Janggut suami suburkan isteri
• Wanita makin berumur makin hot
• Solat Jumaat pada hari Khamis
• Apabila orang kampung saya ‘speaking’
• Rumitkah berurusan dengan wanita
• Kisah kasut koyak