Tuesday, March 27, 2012

JOM PI KARNIVAL!!!

Jom ke 'Karnival Uniti & Karangkraf' hujung minggu ini! Dapatkan novel, buku dan majalah dengan harga istimewa... diskaun sehingga 20%! Wow, bestnya!

Lokasi: Kolej Uniti, Tg. Agas, Port Dickson, N. Sembilan
 
Tarikh: 30 Mac - 1 April 2012 (Jumaat, Sabtu, Ahad)
 
Masa: 9 pagi - 6 petang


P/S: Ada banyak aktiviti menarik menanti anda! jumpa di sana okey! =)






Belajar Menulis di Port Dickson




Jom sertai Bengkel Penulisan Kreatif & Berita bersempena Karnival Uniti & Karangkraf hujung minggu ini! Penampilan istimewa panel-panel; Norzailina Nordin (novelis Alaf 21), Sri Diah (Pengurus Besar Editorial GBK) dan Azlina Mohamad Jantan (Editor Edisi Sinar Harian)!

Lokasi: Bilik Kuliah, Kolej Uniti, Tg. Agas, Port Dickson, N. Sembilan.


Tarikh: 30 Mac 2012 (Jumaat)


Masa: 9 pagi - 4 petang

P/S: Penyertaan percuma. siapa cepat dia dapat, tempat terhad! =)











Buku Terbaik Untuk Cari Pekerjaan Impian



 
 
Pilih Kerjaya Bukan Kerja
Hizwani Hassan

Harga: RM 10.00












Sinopsis

KERJA yang dimulakan tanpa minat akan menjadi statik. Lambat-laun, anda akan hilang se mangat dan mudah berasa bosan. Oleh itu, sebelum menceburi alam pekerjaan, carilah kerja yang diminati untuk membina kerjaya. Jika semua elemen ini dipraktikkan, insya-ALLAH kejayaan pasti menjadi milik anda.

Pilih Kerjaya Bukan Kerja adalah curahan pengetahuan kedua-dua penulis yang berjaya membina karier sepanjang pengalaman selama 20 tahun. Dari Kampung Kongo ke dunia korporat – kembara mereka mengajar anda agar tidak mengenal erti putus asa dalam usaha mencari kerjaya impian. Bacalah dengan hati dan bertindaklah dengan fi kiran yang terbuka kerana anda pasti akan memperoleh manfaatnya.

Nak Hidup Yang Sihat?

Toksin Masuk Toksin Keluar
Dr Yasmeen Farouk Mohamed

Harga: RM 13.00















Sinopsis

- Adakah anda berasa letih dan kejang urat saraf setiap kali bangun pagi?
- Berat badan anda tetap bertambah walaupun segala langkah-langkah pencegahan telah dilakukan?
- Mempunyai darah tinggi dan kadar kolesterol yang tinggi?
- Memiliki keturunan yang mempunyai arthritis atau sakit jantung?

Jika jawapan anda YA terhadap semua persoalan di atas, AWAS! Ada sesuatu yang berlaku di dalam sistem tubuh anda. Jangan biarkan masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda. Pastikan anda tahu puncanya dan atasi sebelum terlambat.

Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku di dalam sistem badan yang boleh menyebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pel-bagai jenis penyakit.

Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab. Ia sebenarnya adalah hasil dari-pada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pilihan pemakanan yang betul di samping mengamalkan pengambilan nutrisi suplemen dapat memberi kita harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi.