Saturday, July 17, 2010

Antara Buku Umum Terbitan Alaf 21








Ini hanya sebahagian daripada buku-buku umum terbitan Alaf 21. Mungkin anda punya buku untuk diterbitkan dan dikongsi bersama seperti buku-buku ini? Terus hantarkan kepada kami!

Friday, July 16, 2010

Panduan & Kriteria Manuskrip Kategori Umum

Pasti ada yang tertanya-tanya syarat-syarat dan panduan menulis buku-buku umum. Di bawah ini ada disenaraikan tertib dan panduannya.

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP KATEGORI UMUM
  • Tebal manuskrip antara 150 – 300 saiz A4. Jaraknya double atau 1.5 spacing.
  • Saiz font 12 dan gunakan tulisan jenis ITC Clearface atau Times Roman.
  • Manuskrip hendaklah dicetak di muka depan sahaja, bukannya depan belakang. Selepas itu hendaklah dijilid. Seelok-eloknya com binding sebelum dihantar kepada kami. 
  • Sertakan intipati kandungannya, berserta nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi. 
  • Manuskrip hendaklah dihantar sendiri atau diposkan terus ke Alaf 21. JANGAN sesekali sertakan CD, diskette atau pen drive sehingga diarahkan berbuat demikian.
  • Panel penilai akan menilai setiap manuskrip yang diterima dalam masa tiga hingga empat minggu.
  • Setiap manuskrip akan dinilai dari segi kandungan dan keistimewaannya.
  • Jika kualiti kandungannya tidak memenuhi kriteria, manuskrip tersebut akan dikembalikan kepada penulis.
  • Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan sebelum sebarang editing dilakukan. Kebiasaannya, penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan bagi memastikan kemantapan isinya (tertakluk pada perbincangan).
  • Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan yang telah dilakukan, penulis akan diminta menghantar CD atau emelkan sahaja manuskrip penuh untuk proses penyuntingan.
  •  Urusan berkenaan perjanjian (agreement) akan dilakukan sebelum proses penyuntingan bermula. Jika penulis bersetuju dengan syarat-syarat dan terma yang terkandung di dalam perjanjian tersebut, barulah proses penyuntingan akan dimulakan.
  • Anda perlu menghantar keseluruhan manuskrip, tidak sekadar beberapa bab semata-mata untuk mendapatkan komen panel.
  • Sebarang urusan penghantaran manuskrip hendaklah dialamatkan kepada:  
KETUA EDITOR,
ALAF 21 SDN BHD,
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
SEKSYEN 16
40200 SHAH ALAM,
SELANGOR

Thursday, July 15, 2010

Ada manuskrip berbentuk umum???

Jika anda ada  manuskrip sebegini, jangan tunggu lagi!Hantarkan terus kepada kami di alamat/emel yang tertera. Kami di Alaf 21 memerlukan penulisan sebegini untuk diterbitkan dan masih mencari-cari jika ada di antara anda yang ada bakat menulis dan berpengetahuan dalam bidang tertentu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pembaca di luar sana. Tiada gunanya ilmu yang ada jika tidak dikongsi & diamal bersama.
Jika anda orangnya, kami mengalu-alukan kedatangan anda di sini!!!

Manuskrip Umum

Mungkin minat anda tidak pada novel atau bahan-bahan bacaan ringan lain. Mungkin kebolehan anda lebih kepada bahan-bahan bacaan yang serius, berat, berilmiah dan 'berisi' yang mampu merangsang minda untuk berfikir. Jika anda tergolong dalam kelas ini, apa kata bantu kami dengan menghasilkan manuskrip-manuskrip bermutu yang bersifat pengetahuan atau ilmiah kerana bahan-bahan bacaan sebegini ternyata agak kurang dihasilkan berbanding novel-novel atau bahan bacaan lain. Jika ada pun, kebanyakannya berbahasa Inggeris dan dihasilkan oleh orang luar.

Jika anda punya manuskrip sebegini, sebagai contoh: perubatan, motivasi, psikologi, profesional, kesihatan,.... tetapi tidak tahu ingin menghantar ke mana, serahkan ia pada kami untuk dinilai. Jika ianya menepati kehendak dan standard piawaian kami, PASTI manuskrip anda akan diterbitkan untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca di luar sana.

Apa tunggu lagi? Hantarkan terus pada kami di alamat:
 
Editor,
Alaf 21 Sdn Bhd,
Lot 2 Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, 
40200 Shah Alam, Selangor.

Atau pun anda boleh terus menghantarnya ke emel ruzita@alaf21.com.my(Jie) / sity.normala@alaf21.com.my (Mala) atau secara terus ke alamat yang tertera di atas. Juga boleh menghubungi terus kami di talian 03-51013324/03-51013683.