Wednesday, June 6, 2012

Himpunan kisah keinsafan dalam sebuah Antologi!



Antologi Orang Berdosa: Dia Memilihku
 
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Intan Arnida
Iskandar Dzul Karnain H.M
Nurliza Mohd Nasir
Umi Azrini

Harga: RM 14.00















Lima buah cerpen pendek yang dipersembahkan dengan penuh rasa keinsafan atas peluang kedua yang diberikan TUHAN. Tiada kata-kata yang mampu terungkap, hanya jiwa yang mampu merasakan betapa peritnya penyesalan. Bacalah dengan nama TUHAN-mu yang menciptakan.

Dendam anak-anakku - “Kalau kau berdua nak ayah merayu, sekarang juga ayah merayu. Ayah minta maaf dan ayah merayu sungguh-sungguh. Jangan kerana dendamkan ayah, kau jauhkan diri daripada TUHAN. Kesiankan mak, kesiankanlah ayah, nyawa ayah dan mak dah tak lama, nak.”

Dialah ahli syurga - “Kurang ajar! Cakap, mana duit aku? Kau dah jadi bisu ke, hah? Dahlah tiga suku, tak habis-habis nak nyusahkan aku. Hei… geramnya aku! Kenapalah emak beranakkan kau? Kenapa emak tak picit aje kau daripada kecil? Biar kau mati tak menyusahkan sesiapa!”

Dialah call girl itu - Mila tidak berminat mengejar cinta dunia lagi! Hanya cinta TUHAN yang dicari. Setelah hatinya penuh dihuni oleh lelaki, cukuplah rasanya dia merasai nikmat cinta terhadap lelaki. Nikmat yang penuh dosa. Dosa yang boleh mengheret mukanya ke lubuk neraka.

Landasan ke syurga – Ya, aku tewas saat ini! Tapi, aku tetap bangkit dan akan kembali setelah segala kelemahan Islam kubongkar. Sekaligus akan kulenyapkan terus pengaruh Islam di muka bumi ini. Itu azamku!

Kekasih ALLAH itu aku - Ya ALLAH, ampunkan dosaku. Andai mampu kuputar semula waktu, takkan kulakukan perbuatan terkutuk itu. Kubelai nafsu dengan murkamu ya ALLAH. Adakah lagi pengampunan-MU buatku ya TUHAN?

Help me Doctor!!!



Doktor, saya takut jarum!
Dr Zubaidi Hj Ahmad

 RM 12.00




















Masyarakat hari ini semakin peka dengan tahap kesihatan mereka apabila setiap hari disogokkan dengan berita-berita kematian mengejut yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Kesedaran itu merupakan satu perkembangan yang positif, tetapi apa yang membimbangkan,terlalu banyak cakap-cakap orang yang tidak benar mengenai perubatan moden hari ini. Malah, ada yang lebih mempercayai bomoh daripada doktor yang bertauliah sekali gus mencetuskan kekeliruan masyarakat mengenai rawatan moden.

‘Doktor, saya takut jarum!’ mengupas beberapa persoalan dan salah faham yang sering ditanya oleh para pesakit. Istimewanya buku ini, setiap topik dipaparkan berdasarkan pengalaman penulis se­bagai seorang doktor berserta kisah-kisah benar yang menarik dan lucu untuk tatapan dan pengajar­an kita semua.

Antara topik menarik yang dibincangkan di dalam buku ini:

            • Selamatkah makan mi segera?
            • Deodoran menyebabkan kanser payudara?
            • Cukupkah lapan gelas sehari?
            • Lelaki dan kesuburan
            • Anak dalam kandungan dilarikan bunian!
            Baby Walker: Adakah Selamat?
            • Takut pada jarum: Benar atau mengada-ngada?

Himpunan kisah thriller dalam sebuah Antologi!



Antologi Jiwa Kacau

RM 22.00



Elee Mardiana
Attokz Dikulgai
Lyn Dayana
Dhiya Zafira
Salina Salleh












Sebuah antologi himpunan kisah thriller yang pasti mendebarkan pembaca!



Tragedi Di Lampu Isyarat
Selepas kemalangan, Rita dikejutkan dengan  suara Jul yang berada dalam dirinya. Jul meminta pertolongan Rita untuk membantu adiknya Johanis. Johanis telah dibunuh, namun mayatnya tidak dijumpai malah pembunuhnya juga tidak diketahui.

Menari Dalam Duka
Arzam Domino terlibat dengan kongsi gelap kerana tidak mempunyai pilihan lain selepas melarikan diri dari rumah anak yatim. Semasa membuat urusan penyeludupan dadah di laut, dia diserang hendap. Arzam terdampar di sebuah perkampungan. Di situ dia cuba perbaiki dirinya untuk menjadi manusia berguna.

Dendam Bunga Dahlia
Eda, Dania dan Tihani merupakan rakan baik di sekolah. Selepas SPM, mereka dan rakan-rakan yang lain bercuti di Cameron Highlands. Percutian mereka bertukar malapetaka apabila seorang daripada mereka membunuh diri. 10 tahun berlalu, muncul seorang pembunuh yang memburu mereka untuk membalas dendam.

Buru Bayangan Luka
Selepas kematian bapa, Azalea menjadi murung hingga memberi kesan kepada mentalnya dan beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Selepas 10 tahun, dia tiba-tiba diburu oleh seorang pembunuh tanpa diketahui motifnya, namun tiada siapa yang percaya cerita yang disampaikan Azalea kerana penyakitnya.

Cinta Berdarah
Helmi kehilangan tunang tersayang dalam satu pembunuhan ngeri.  Akibat tekanan yang dihadapi, dia mula menjejaki pembunuh tunangnya. Namun suara hatinya mengatakan dia perlu terus membunuh selepas membunuh orang yang disangkakan pembunuh tunangnya itu.