Tuesday, September 7, 2010
Selamat Menyambut Aidilfitri
Untuk para pembaca dan peminat novel Alaf 21, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Pasti kemeriahan makin terasa hari demi hari. Semoga tahun ini, kita semua dapat menyambut hari yang bermakna ini dengan penuh kesyukuran, tawaduk tanpa sebarang aktiviti yang tidak berfaedah dan pembaziran. Bersederhanalah kerana itu tuntutan Islam. Ingat pada yang mereka yang memerlukan.
Bagi mereka yang bakal pulang ke kampung halaman, kami sekadar ingin mengingatkan: Berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Akhir kata, jika ada kata yang tidak menyenangkan, kami juga ingin memohon ampun dan maaf. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan-NYA. Insya-ALLAH....
Subscribe to:
Comments (Atom)
