
Percaya atau tidak, jika kereta anda rosak, kebiasaannya ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk dibaiki. Sebenarnya anda boleh mengelakkan kerosakan itu daripada berlaku. Contohnya kerosakan yang melibatkan kebocoran pada radiator, kos untuk baik pulih sudah tentu melebihi RM500.
Kenapa kosnya begitu tinggi? Enjin kereta anda mati sewaktu anda sedang memandu dan meter tempreture menunjukkan H, tetapi tangan anda ‘gatal’ untuk cuba menghidupkan semula enjin tersebut sedangkan ia tidak boleh dihidupkan lagi. Bila keadaan ini berlaku, bermulalah episod membaik pulih kereta yang melibatkan kos yang tinggi, upah menunda kereta, overhaul, alat ganti dan macam-macam lagi.
Sekiranya anda tahu selok belok penyelenggaraan pada kereta yang anda pandu, sudah tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Malah mekanik juga tidak boleh mengambil kesempatan ke atas anda. Andaikan anda tahu tentang penyelenggaraan kereta anda, kos yang melibatkan RM500 mungkin dapat dikurangkan kepada RM200 ke bawah. Dengan ilmu yang ada, anda mampu menjimatkan wang anda daripada penggunaan berlebihan.
Selain itu, sudah menjadi trend masyarakat kita bila tiba musim perayaan atau cuti sekolah, masa itulah baru nak hantar kereta masing-masing ke pusat servis. Perkara yang paling menakutkan apabila tiba di pusat
servis bila macam-macam pulak rosaknya. Drive shaft rubber boot kena tukar, radiator hose kena tukar, head gasket kena tukar, clutch plate pun kena tukar. Akhir sekali cuti entah ke mana, raya pun entah ke mana sebab duit sudah banyak dikeluarkan untuk membaiki kereta.
Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan kereta terpakai. Ini kerana kereta terpakai kebiasaannya tidak disertai dengan buku log servis seperti kereta baru. Malahan anda sendiri tidak tahu bagaimana pemilik kereta yang sebelum ini menjaga kenderaan tersebut. Jika anda belum berkereta dan berhajat untuk membeli kereta terpakai, sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu anda lihat.
Jadi bagaimana agaknya anda nak dapatkan pengetahuan asas berkenaan kereta anda sendiri?
Saya cadangkan anda dapatkan terus sebuah buku terbitan Grup Buku Karangkraf yang bertajuk “RAGAM KERETA”. Melalui buku ini, anda akan dapat melihat sendiri komponen-komponen kereta yang utama kerana setiap page disertakan dengan gambar. Ini pasti memudahkan anda untuk memahami kereta anda. Lebih-lebih lagi buku Ragam KERETA menggunakan huraian yang mudah dan santai. Rasa seperti anda berada disamping mekanik peribadi anda. Jika anda mahu membeli kereta terpakai pula, segera dapatkan buku “TIP MEMBELI KERETA TERPAKAI”. Kedua-duanya sangat berguna.
Dapatkan sekarang juga. Sure tak rugi!
Ragam KeretaMohd Harith Ahmed Khalil
RM 11.00
Membeli Kereta Terpakai
Mohd Harith Ahmed Khalil
RM 10.00

No comments:
Post a Comment