Malaysia amat bertuah kerana kaya dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia. Tumbuh-tumbuhan amat penting dalam kehidupan manusia. Ia digunakan dengan meluasnya dalam perubatan tradisional sejak dahulu lagi.
Ubat tradisional amat kaya dengan nutrien, oleh itu ia berkebolehan mengubati pelbagai jenis penyakit. Ia adalah ‘sains’ dalam perubatan sejak zaman berzaman.
Tumbuh-tumbuhan merupakan rahmat Allah s.w.t kepada manusia. Bukan sahaja digunapakai dalam dunia perubatan, ia turut menyumbang dalam dunia pemakanan sihat seharian.
Kepulauan Melayu ini boleh disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung, dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenis.
Kaedah perubatan tradisional kebiasaannya menggunakan beberapa jenis tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit.
Contohnya:
- Penyakit Kepialu
Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan. Ia juga boleh diminum.
- Demam panas
Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis, bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinang muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.
- Muntah
Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.
- Sakit Kepala
Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan pada kepala.
- Kayap
Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.
- Panau
Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada kawasan yang berpanau itu.
Nak tahu lagi mengenai HERBA? Terlalu banyak benda menarik dalam dunia perubatan tradisional dan HERBA. Saya sarankan anda dapatkan sekarang 4 buah buku berkenaan HERBA terbitan Alaf 21. Sangat menarik dan sure tak rugi punya. Kesemuanya padat dengan info-info terkini tentang HERBA, harganya juga amat berpatutan.
1)
Rawat Dengan HerbaBahrin Samah
Harga: RM 16.00
2)
202 Khasiat HerbaSabda S
Harga: RM 30.00
3)
Rahsia HerbaTheressa Ong
Harga: RM 18.00
4)
99 HerbaChe Aniha Che Isahak
Harga: RM 10.00
Dapatkan kesemuanya untuk pengetahuan yang berguna! Sure tak rugi.




No comments:
Post a Comment