Thursday, January 5, 2012

HEBAT MENULIS


Tahukah anda bahawa anda boleh menjadi seorang penulis? Malah bukan sekadar penulis, tetapi penulis yang baik. Hinggakan penulisan anda setanding dengan penulisan-penulisan golongan profesional di Malaysia. Perkara ini tidak mustahil untuk berlaku meski pun anda tidak mahir menulis pada saat ini.


Memang benar pada awal penulisan, anda akan terkial-kial memikirkan cara penulisan yang bagaimana perlu dipersembahkan. Kami ingin berkongsi 10 langkah penting bersama anda, untuk menjadi seorang penulis profesional.


Hanya dengan menggunakan 10 langkah ini, kami percaya anda akan mampu menguasai dunia penulisan tidak kira sama ada penulisan blog, kreatif, skrip, buku dan lain-lain. Ini kerana kami sangat yakin dengan kekuatan 10 langkah ini.


Tetapi 10 langkah ini hanya akan berhasil jika anda benar-benar mengamalkannya dan menolak sikap-sikap negatif seperti malas dan bertangguh. Sebaliknya anda perlu semaikan diri anda dengan nilai-nilai positif seperti bersabar dan tidak putus asa.


10 Langkah Menjadi Penulis yang Baik


1. Tulis.

2. Tulis lagi.

3. Tulis lebih lagi.

4. Tulis lebih lagi dari tadi.

5. Tulis bila rasa tidak mahu menulis.

6. Tulis bila rasa mahu menulis.

7. Tulis bila ada sesuatu hendak diluahkan.

8. Tulis bila tiada apa hendak diluahkan.

9. Tulis setiap hari.

10. Teruskan menulis.



Mudah bukan? Anda tidak perlu bersusah payah dan berhujan panas untuk menjadi seorang penulis yang baik. Anda hanya perlu menulis dan menulis dan terus menulis. Karya anda nanti pasti akan jadi rebutan syarikat-syarikat penerbit buku. Pada ketika itu anda sudah mampu berbangga dengan hasil usaha anda untuk menjadi penulis yang baik.


Tetapi peringatan juga buat anda. Manusia memang mudah lupa kesusahan dahulu bila kesenangan sudah menjelma. Disiplin adalah watak utama untuk menjadi seorang penulis yang profesional dan berjaya. Kerjasama yang baik antara penulis dan penerbit buku juga salah satu elemen terpenting.


Jika anda benar-benar meminati bidang penulisan, cubalah hantar karya-karya anda kepada kami. Biar kami sendiri yang nilaikan. Semoga anda berjaya mencuba!



P/S: Unit Umum GBK mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis-penulis yang sudi menghantar biodata dan gambar kepada kami. Kerjasama anda amat kami hargai.








No comments: