Wednesday, February 22, 2012

Belajar membeli kereta terpakai!

Tip Membeli Kereta Terpakai
Mohd Harith Ahmed Khalil


Harga: RM 10.00



Kini, kereta terpakai mula menjadi pilihan pengguna kerana harganya yang lebih rendah berbanding kereta baru. Namun, membeli kereta terpakai bukanlah satu perkara mudah. Ia melibatkan risiko yang tinggi kerana tiada sebarang jaminan bahawa kereta tersebut telah dijaga dengan baik dan tidak terlibat dengan kemalangan. Sebagai seorang pembeli, anda perlu melengkapkan diri dengan serba sedikit pengetahuan tentang kereta terpakai yang bakal dibeli. Pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan. Jika tidak, andalah yang akan menanggung kerugian pada kemudian hari.


Menyedari akan hakikat itu, Mohd Harith Ahmed Khalil menulis buku Tip Beli Kereta Terpakai ini untuk membantu pengguna membuat penilaian dan pemilihan dengan bijak. Segala pengalaman dan ilmu penulis telah dicurahkan sepenuhnya di dalam buku ini. Semoga dengan panduan yang diberikan, anda mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat. Biarlah setiap sen yang anda laburkan itu berbaloi. Anda puas, kereta pun dapat!

Ikuti sebahagian fokus menarik dalam buku 'Tips Membeli Kereta Terpakai".









Profil Penulis

Mohamed Harith Ahmed Khalil dilahirkan pada 23 April 1976 di Taman Gombak, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Gombak Dua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak yang terletak berdekatan rumahnya. Tamat persekolahan beliau menyambung pengajian peringkat A Level dan Matrikulasi Ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai UIA. Beliau merupakan seorang freelance membuat skrip drama tv, graphic designer dan content provider. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Kini beliau menetap di Desa Pinggiran Bayu, 71700 Mantin, Negeri Sembilan.


Beliau mengalihkan tumpuan penuh ke bidang penulisan sejak tahun 2000 lagi sebagai penyumbang karya-karya alih bahasa kepada sebuah majalah permotoran tanah air sebelum mula menerbitkan GMC Variety iaitu majalah pemotoran milik sendiri sekitar tahun 2002.


Sesuatu yang menarik perhatian tetapi malangnya kurang mendapat perhatian adalah jerih perih menghasilkan sesebuah karya itu sendiri, terutama karya berbentuk mendidik. Penulis genre sebegini bagaikan wira tak didendang, dengan karya-karya mereka sering terlepas pandang jauh sekali meraih populariti seperti mana karya yang meruntun jiwa, beremosi dan membuai perasaan yang lainnya. Tetapi itu bukanlah sesuatu untuk dipersoalkan, tidak jua menjadi dambaan.


Karya yang mendidik seharusnya dikhabar-khabarkan, dibisik-bisikkan, disampai-sampaikan agar masyarakat tahu ia ada dan wujud walaupun tak terkesan dek pandangan mata kasar.

No comments: