Wednesday, February 22, 2012

Ilmu Herba Di Hujung Jari

202 Khasiat Herba
Sabda S

Harga: RM 30.00








Perubatan berasaskan herba kini semakin popular di negara kita. Ia menjadi pilihan memandangkan kaedahnya lebih semula jadi, kurang kesan sampingan selain kosnya yang jauh lebih murah. Herba juga merupakan salah satu pilihan alternatif menyembuhkan penyakit yang kadangkala tidak dapat diubati dengan kaedah perubatan moden.

Namun masih ramai yang tidak tahu kegunaan tumbuhan herba terutamanya golongan muda. Mereka tidak sedar bahawa tumbuhan yang terbiar selama ini berguna untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Umpamanya, rumput kapal terbang, senduduk dan dedalu. Koleksi 202 KHASIAT HERBA memberi pengenalan asas kepada generasi muda, betapa di sekeliling kita terdapat banyak khazanah alam anugerah ALLAH S.W.T. yang boleh jadikan penawar untuk merawat penyakit. Ia merupakan kombinasi pelbagai jenis tumbuhan renek, sayur-sayuran, buah-buahan, rumput-rumpai dan balak. Buku ini juga mendedahkan kelebihan dan khasiat herba supaya masyarakat dapat mempelajari dan menggunakan herba bagi membantu mencapai tahap kesihatan yang optimum.


Ikuti sebahagian herba menarik di dalam buku ini!







Profil Penulis



Sabda S. @ Sujaidi Dasuki dilahirkan di Pontian Johor pada 21 Mac, 1947. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Sg. Bunyi Batu 35, Pontian; Sek. Arab Pontian dan Sek. Arab Al Attas Johor Baharu sebelum ke Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya.


Beliau pernah menyertai perkhidmatan kerajaan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertanian Malaysia (1982 – 1984) dan bertukar jawatan ke Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai Pegawai Penerbitan hingga 1997. Selepas menamatkan perkhidmatan di MPC, Sabda S. menyertai RTM sebagai artis berjadual di bilik berita radio dan di Radio Suara Islam sehingga 2005.


Sebelumnya (2000) beliau berpeluang mengikuti kursus pertanian dan penanaman pisang di Institut Biologi, Universiti Malaya. Sabda S. telah menghasilkan sebuah buku dengan syarikat Alaf 21 bertajuk Khasiat 202 Herba.


Sastera di alaf baru kini mulai terasa seperti arca, di mana sebahagiannya sukar dibaca sambil menghirup kopi. Para sasterawan kelihatan sedang berperanan seperti arkitek, pengukir yang dengan ghairahnya memahat batu-batu bahasa supaya menjadi longgokan frasa yang konkrit. Kecenderungan sebahagian pengkaryanya menjadikan khalayak terpaksa memahaminya, sebagaimana mereka disogokkan dengan ocehan rap dan hentakan rock yang hanya mampu bertahan seketika, berbanding irama klasik yang malar hijau. Musibah ini tidak menghairankan kerana sastera sudah diukir sedemikian rupa hingga menjauhkannya dari menerima percikan laduni!

No comments: