Tuesday, August 12, 2014

TRAVELOG PALING MENARIK TAHUN INI!!!













Di Hujung Muncung Mesingan













Penulis mengembara seorang diri ke Mindanao untuk melihat sendiri kehidupan Bangsamoro yang dikatakan tertinggal dari arus ekonomi dan pembangunan. Golongan muslim ini jarang sekali mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa seakan terbuang hingga terpaksa hidup dalam kedhaifan. Misi penulis adalah untuk membantu sekadar yang termampu.


Namun terdapat beberapa halangan untuk penulis sampai ke tempat tujuannya iaitu Cotabato. Antaranya lokasi yang dituju merupakan salah satu tempat paling berbahaya di dunia dengan aktiviti keganasan dan jenayah yang sangat berleluasa.


Dalam pengembaraan penulis itu, pelbagai pengalaman menarik dikutip setiap hari dan banyak ragam manusia yang dapat dilihat.


 


PENULIS


Saudara Fahmi Bin Faiz merupakan seorang penulis muda yang sukakan cabaran sebenar. Berasal dari Seremban dan baru berusia 29 tahun, beliau sudahpun mengembara ke merata tempat semata-mata untuk menerokai kehidupan masyarakat luar. Bekas pelajar MRSM Jasin ini merupakan pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.


Beliau pernah bertugas di beberapa tempat sebelum ini antaranya di Kurnia Insurance, Institut Akauntan Malaysia dan Global Smart Transportation Link. Namun akhirnya beliau memilih untuk menulis sepenuh masa sebagai komitmen beliau dalam industri penulisan tanah air.


Buku ‘Bila Kupetik Gitar’ merupakan buah tangan awal sumbangan beliau kepada masyarakat Malaysia yang sukakan pengembaraan. Perjalanan ke Tanah Besar Asia Tenggara dengan hanya berbekalkan RM500 sahaja. Hasil jualan yang memberangsangkan, buku berkenaan bakal memasuki cetakan kedua tidak lama lagi.




Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan atau layari http://mall.karangkraf.com/ untuk membeli secara online! Juga boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda atau tab melalui http://emall.karangkraf.com/

No comments: