Tuesday, August 12, 2014

TRAVELOG PALING MENARIK TAHUN INI!!!













Di Hujung Muncung Mesingan













Penulis mengembara seorang diri ke Mindanao untuk melihat sendiri kehidupan Bangsamoro yang dikatakan tertinggal dari arus ekonomi dan pembangunan. Golongan muslim ini jarang sekali mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa seakan terbuang hingga terpaksa hidup dalam kedhaifan. Misi penulis adalah untuk membantu sekadar yang termampu.


Namun terdapat beberapa halangan untuk penulis sampai ke tempat tujuannya iaitu Cotabato. Antaranya lokasi yang dituju merupakan salah satu tempat paling berbahaya di dunia dengan aktiviti keganasan dan jenayah yang sangat berleluasa.


Dalam pengembaraan penulis itu, pelbagai pengalaman menarik dikutip setiap hari dan banyak ragam manusia yang dapat dilihat.


 


PENULIS


Saudara Fahmi Bin Faiz merupakan seorang penulis muda yang sukakan cabaran sebenar. Berasal dari Seremban dan baru berusia 29 tahun, beliau sudahpun mengembara ke merata tempat semata-mata untuk menerokai kehidupan masyarakat luar. Bekas pelajar MRSM Jasin ini merupakan pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.


Beliau pernah bertugas di beberapa tempat sebelum ini antaranya di Kurnia Insurance, Institut Akauntan Malaysia dan Global Smart Transportation Link. Namun akhirnya beliau memilih untuk menulis sepenuh masa sebagai komitmen beliau dalam industri penulisan tanah air.


Buku ‘Bila Kupetik Gitar’ merupakan buah tangan awal sumbangan beliau kepada masyarakat Malaysia yang sukakan pengembaraan. Perjalanan ke Tanah Besar Asia Tenggara dengan hanya berbekalkan RM500 sahaja. Hasil jualan yang memberangsangkan, buku berkenaan bakal memasuki cetakan kedua tidak lama lagi.




Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan atau layari http://mall.karangkraf.com/ untuk membeli secara online! Juga boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda atau tab melalui http://emall.karangkraf.com/

Friday, August 8, 2014

Dr.Tuah ada buku baru!!!

Buku terbaru daripada Dr.Tuah!!!




RM12.90



Buku motivasi santai ini menceritakan perihal hidup yang harus diteruskan dengan penuh keyakinan tanpa mempedulikan kata-kata orang lain yang lebih berunsur negatif. Seseorang itu seharusnya sedar bahawa untuk mengubah kehidupannya, dirinya sendiri perlu berubah kerana hanya diri sendiri yang dapat membantu mengubah nasibnya pada masa hadapan. Kata-kata keji atau bangga diri daripada orang lain seharusnya dijadikan sebagai pembangkit semangat untuk terus maju. Jangan biarkan diri anda terperangkap dalam jerat kata-kata orang lain yang hanya melihat kejatuhan anda. Katakan saja kepada mereka "Ada Aku Kisah?"

Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan atau layari http://mall.karangkraf.com/ untuk membeli secara online! Juga boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda atau tab melalui http://emall.karangkraf.com/

Tuesday, August 5, 2014

Buku pertama Dr.Ezairy kini di pasaran!!!







55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy
Dr. Mohd Azreen Ezairy Mohammad Salih

Harga: RM 17.00
ISBN: 978-983-124-913-0
Halaman: ~256
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 1 Jan 2014
Kategori: Umum
 















Semua orang pastinya mempunyai pengalaman menghadapi cabaran menghidap sesuatu penyakit dalam kehidupan mereka seharian. Begitu juga anda. Yang membezakannya ialah sama ada ia merupakan penyakit kronik ataupun tidak. Namun begitu setiap penyakit pasti ada jalan penyelesaiannya atau kaedah penyembuhannya tersendiri.

55 SOAL JAWAB PENYAKIT BERSAMA DR. EZAIRY merupakan masterpiece dalam memberi pencerahan terhadap ilmu kesihatan kepada orang ramai. Mengambil penyakit-penyakit yang peratusannya tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri, Dr. Ezairy menjawab satu per satu soalan dengan lengkap berserta jalan terbaik untuk mencegahnya.

Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan atau layari http://mall.karangkraf.com/ untuk membeli secara online! Juga boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda atau tab melalui http://emall.karangkraf.com/

Buah Tangan Motivasi Dr.Tuah Yang Hebat!









Manusia jangan sesekali rasa bongkak dengan apa yang ada pada diri sama ada kekayaan, pengaruh, darjat atau pangkat kerana semua itu tidak menjamin kehidupan yang lebih baik di alam akhirat nanti. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada walaupun di mata orang lain kita tidak sempurna. Yang penting, sejauh mana kita berusaha untuk membina kehidupan yang lebih baik. Apakah hidup kita lebih bermakna dengan kekayaan harta sekalipun terpaksa berhutang keliling pinggang?

Sama-samalah kita bermuhasabah diri, bersyukur dengan segala yang dikurniakan di samping berusaha meningkatkan taraf hidup yang lebih baik tanpa alpa akan suruhan dan perintah-NYA.

Dapatkannya di kedai-kedai buku berdekatan sekarang atau layari http://mall.karangkraf.com/products/Bikin%20Sama% untuk pembelian secara online! Atau anda boleh memuat turunnya sendiri melalui tab atau telefon pintar anda di  http://emall.karangkraf.com/Book.aspx


 
 
Bikin Sama Dia
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj

Harga: RM 12.90
ISBN: 978-983-124-911-6
Halaman: ~320
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 1 Jan 2014
Kategori: Umum