Norhashim Kamisan
Harga: RM 21.00
Buku karya pengusaha tanaman cili secara fertigasi memberikan panduan
berguna kepada pengusaha yang berminat untuk terlibat dalam bidang ini.
Encik Norhashim Kamisan tidak kedekut memaparkan pengalamannya pada
peringkat awal yang mengusahakan penanaman cili fertigasi secara
sambilan sebanyak 800 pokok, dan akhirnya selepas tiga tahun, beliau
mampu mengusahakan 8000 pokok cili. Beliau turut mendedahkan rahsia
kejayaan menanam cili fertigasi berskala besar di samping memberikan tip
kepada sesiapa yang mahu mengusahakan secara hobi di rumah. Buku yang
dipaparkan secara berwarna-warni sepenuhnya mampu memberikan gambaran
sebenar tentang kaedah fertigasi. Malah, kaedah ini boleh digunakan
untuk menanam sayur-sayuran lain seperti pokok terung, tomato dan
sebagainya.

No comments:
Post a Comment