Apak
ah anda bijak dalam memimpin staf anda di pejabat? Menurut ketua jurulatih kerjaya di CommonSenseWork.com, Mr. Ramon Greenwood, para Bos perlu mengenali sifat kepemimpinan.
Katanya karakter bos yang kurang berkebolehan dan kerap bertindak mengikut perasaan hanya menakutkan staf, dan ini jelas menjadi dinding penghalang kepada pembentukan sebuah suasana yang harmoni dalam pejabat. Pekerja pula akan terjerat dalam tugasannya yang rutin semata-mata, dan tidak langsung memandang kepada masa hadapan syarikat kerana takut dimarahi oleh Bos.
Kita seringkali dengar daripada staf-staf bawahan berkenaan sikap Bos yang kelihatan agak sombong pada kaca mata mereka. Hal ini sangat merugikan kerana ia bakal mengancam kelangsungan syarikat itu sendiri.
Jika staf bekerja tanpa keyakinan malah lebih kepada terpaksa, kualiti syarikat pastinya akan menurun.
Sangat mudah untuk kita mendengar staf bawahan mengutuk Bosnya, namun sangat sukar untuk kita mendengar staf bawahan yang memuji-muji serta berbangga dengan Bosnya.
Ramai antara kita yang bersetuju ciri-ciri Bos yang hebat hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti pandai menyelesaikan masalah, suka bergaul dengan staf bawahan dan adil serta tidak pilih kasih.
Namun apa pun alasan yang diberikan, Bos yang hebat sebenarnya mampu diwujudkan. Apa yang penting adalah Bos itu sendiri yang perlu berusaha untuk memantapkan diri agar disenangi oleh staf bawahan.
Jika anda serius untuk menjadi Bos yang dikagumi, disayangi serta dihormati dikalangan staf bawahan anda. Inilah peluangnya. Dapatkan segera buku “Jadi Bos Hebat” terbitan Alaf 21! Rasai sendiri perubahannya…
Jadi Bos HebatHazrul Hizam Karim
Harga: RM 12.00

No comments:
Post a Comment