Wednesday, December 28, 2011

Menarik tentang HERBA

Apa ada dengan HERBA? Menarik ke HERBA? Kalau sakit, lagi mudah pergi klinik je terus. Buat apa nak pakai HERBA? Tapi kalau sakit kat kawasan yang tak ada klinik macam mana ye? Kalau sakit kat kampung atau area pedalaman. Hmmm... Baca dulu, baru tahu.



Malaysia amat bertuah kerana kaya dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia. Tumbuh-tumbuhan amat penting dalam kehidupan manusia. Ia digunakan dengan meluasnya dalam perubatan tradisional sejak dahulu lagi.


Ubat tradisional amat kaya dengan nutrien, oleh itu ia berkebolehan mengubati pelbagai jenis penyakit. Ia adalah ‘sains’ dalam perubatan sejak zaman berzaman.


Tumbuh-tumbuhan merupakan rahmat Allah s.w.t kepada manusia. Bukan sahaja digunapakai dalam dunia perubatan, ia turut menyumbang dalam dunia pemakanan sihat seharian.


Kepulauan Melayu ini boleh disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung, dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenis.


Kaedah perubatan tradisional kebiasaannya menggunakan beberapa jenis tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit.

Contohnya:

  1. Penyakit Kepialu


Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan. Ia juga boleh diminum.


  1. Demam panas


Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis, bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinang muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.


  1. Muntah


Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.


  1. Sakit Kepala


Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan pada kepala.


  1. Kayap


Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.


  1. Panau


Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada kawasan yang berpanau itu.



Nak tahu lagi mengenai HERBA? Terlalu banyak benda menarik dalam dunia perubatan tradisional dan HERBA. Saya sarankan anda dapatkan sekarang 4 buah buku berkenaan HERBA terbitan Alaf 21. Sangat menarik dan sure tak rugi punya. Kesemuanya padat dengan info-info terkini tentang HERBA, harganya juga amat berpatutan.


1)

Rawat Dengan Herba
Bahrin Samah

Harga: RM 16.00














2)

202 Khasiat Herba
Sabda S

Harga: RM 30.00














3)

Rahsia Herba
Theressa Ong

Harga: RM 18.00















4)

99 Herba
Che Aniha Che Isahak

Harga: RM 10.00













Dapatkan kesemuanya untuk pengetahuan yang berguna! Sure tak rugi.

Tuesday, October 11, 2011

Bakal menduduki PMR? SPM? STPM? Buntu bagaimana mahu skor A? Jangan risau. Anda masih belum terlambat. Dapatkan buku motivasi & tips TERBARU kami! NAK A DALAM EXAM

NAK A DALAM EXAM


PENULIS : SIFOO SIDEE
HARGA : RM 9.00
HALAMAN :108


RAMAI pelajar keliru dan tidak tahu kaedah yang terbaik untuk skor A dalam peperiksaan. NAK A DALAM EXAM mampu membantu mereka yang masih tercari-cari kaedah yang sesuai dalam membuat nota. Buku ini mendedahkan teknik membaca yang betul, teknik mengingat juga teknik mencatat nota yang paling berkesan untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan.

Strategi belajar, bagaimana menangani sindrom black out (lupa secara tibatiba) dan pelbagai tip yang mudah untuk diaplikasikan ketika mengulang kaji pelajaran turut dimuatkan di dalam buku ini. Kisah-kisah insan yang mencipta kejayaan luar biasa juga diselitkan untuk menyuntik semangat pelajar supaya tidak mudah berputus asa. Ketahuilah, untuk meraih kejayaan tidaklah terlalu sukar sekiranya pelajar tahu teknik yang betul dan sentiasa positif dalam setiap usaha yang dilakukan. Yang penting, azamkan tekad kata A, fikir A, mesti dapat A!





Sekilas tentang penulis: SIFOO SIDEE:

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Pendidikan dari Universiti Malaya dan mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun dalam mata pelajaran Perdagangan, Ekonomi dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Pernah terlibat dalam penulisan ilmiah dan telah memenangi Pertandingan Mengarang Esei Hari Belia Negara. Juga salah seorang penerima Anugerah Dekan UiTM dan merupakann pelajar cemerlang UM serta Kursus Diploma Pendidikan, Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Panitia Perdagangan dan bertindak sebagai penceramah, motivator serta fasilitator bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM.

Kini bertugas sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKANNYA DI PASARAN SEKARANG! Atau boleh juga terus melanggan dari kami. Klik www.alaf21.com.my untuk maklumat lanjut.

Wednesday, July 20, 2011

PERPINDAHAN PREMIS ALAF 21

Maaf di atas kelewatan pemberitahuan ini. Pasti ada di antara anda yang perasan akan perubahan alamat & no telefon pejabat kami. Benar. Secara rasminya semua staf Alaf 21 yang sebelum ini di Seksyen 16 Shah Alam telah berpindah ke ibu pejabat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di Seksyen 15. 

Oleh itu, segala urusan kini telah beralih ke Seksyen 15, Shah Alam termasuk stor kami. Premis kami di Seksyen 16 telah ditutup. 

Berikut adalah alamat dan no telefon terbaru Alaf 21 Sdn Bhd (Grup Buku Karangkraf):
ALAF 21 SDN BHD, 
LOT 2 JALAN SEPANA 15/3, 
OFF PERSIARAN SELANGOR, 
40200 SHAH ALAM, SELANGOR. 

03-51013683/684 (PENTADBIRAN)
03-51013324 (EDITORIAL UMUM)
03-51013685 (FAKS)

HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.






Tuesday, July 19, 2011

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN! 19-24 JULAI 2011


Panggilan untuk orang-orang NOGORI!!  Jom meriahkan Pesta Buku Negeri Sembilan kali ini pada 19-24 Julai 2011 (Selasa-Ahad) bertempat di Jaya Jusco AEON Seremban 2.Info lanjut boleh didapati di website rasmi kami ya!
Apo laie?? Cari kami di sana, di sana, di sanaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

P/S: Jangan malukan den org nogori... poiela ramaikan. Jadikan membaca tu satu amalan! Hidupppppp JANGGG! :)

Info & Update. Buku Bakal Terbit!!!!

BAKAL terbit di pasaran!





JOM BERTUAH
Penulis : DR. HM TUAH ISKANDAR al-HAJ
Harga : RM12.90 shj!
Sinopsis :

Tuah. Siapa yang tidak mahu tuah? Menyebutnya sahaja sudah menimbulkan rasa teruja, apatah lagi menerimanya. Akan tetapi, tidak semua manusia diberi peluang untuk merasa tuah apatah lagi menjadi bertuah. Malah, tuah juga tidak datang bergolek melainkan melalui usaha yang gigih dan berterusan. Tambah molek jika usaha disertakan dengan hati yang jujur dan ikhlas. Bukan sahaja dapat menambah saham untuk ke sana tetapi juga akan dihormati dan disegani manusia sejagat.

Tiada gunanya usaha yang datang bersama sifat hasad dengki, cemburu dan sakit hati demi menggapai impian sendiri. Tanamkan sifat hormat-menghormati dan bantu-membantu di dalam diri. 

Semoga anda semua menjadi orang yang betul-betul bertuah!





MASIH BUJANG? RELAKSLAH!
Penulis : KREISYA REISYA
Harga : RM15 shj!
Sinopsis :

Andakah si bujang yang sedang menanti putera puteri idaman yang tak kunjung-kunjung tiba? Atau anda bujang berusia emas yang masih meniti kehidupan bertemankan kesepian? Bersenandung dalam duka, berbicara sepi tanpa teman?

Jika anda masih terkial-kial mencari pasangan hidup, buku inilah jodoh sementara anda. Buku ini akan menemani anda berkongsi suka dan duka, resipi dan petua, pengalaman dan perasaan dalam mengharungi usia bujang. Jom kita nikmati dan raikan setiap detik usia membujang, setiap saat nafas kehidupan. Bujang atau tidak, selagi nadi berdenyut, itulah anugerah kehidupan untuk dimanfaatkan.

Nah, apa lagi? Milikilah daku kerana daku akan menemanimu, menceriakan hatimu dan memberi satu semangat baru-bahawa kitalah bujang-bujang yang cemerlang, gemilang dan tetap unggul!  


NANTIKAN KEMUNCULAN BUKU-BUKU INI DI PASARAN! UPDATE BOLEH DIPEROLEH DI WEBSITE RASMI www.alaf21.com.my

MOHON KESABARAN ANDA...

Pelik dengan tajuk post saya kali ini? Ok, sebenarnya ini berkaitan manuskrip-manuskrip yang dihantar kepada kami untuk dinilai.

Kami mohon anda yang menghantar manuskrip kepada kami agar bersabar ya sebelum sebarang respons/keputusan diberikan. Kami akan pasti memaklumkan kepada anda sebaik manuskrip anda telah siap dinilai dan diputuskan sama ada akan diterbitkan atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya, kami mengambil masa selama 3-6 minggu untuk proses ini. Kami benar-benar mengharapkan anda semua faham dengan situasi kami yang mengejar 'deadline' & terpaksa menguruskan lambakan manuskrip hingga ada ketikanya tidak dapat 'melayan' pertanyaan-pertanyaan yang sama sebegini: "agak-agak bila manuskrip saya akan diterbitkan?" @ "dah baca ke manuskrip saya?" walhal manuskrip tersebut tidak sampai seminggu dihantar kepada kami.

Untuk pengetahuan anda semua, setiap manuskrip yang telah dipersetujui untuk diterbitkan akan disusun bulan terbitannya oleh ketua editor kami. Kami akan pasti memaklumkan kepada penulis sebelum sesuatu manuskrip itu diedit.

Apa pun, kami mengharapkan agar anda terus setia bersama kami. Terima kasih di atas sokongan anda semua!

Wednesday, January 26, 2011

Meriahkan Karnival Karangkraf


Anda semua dijemput memeriahkan Karnival Karangkraf yang bakal diadakan di premis Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Seksyen 15, Shah Alam pada 28hb-30hb Januari 2011, (Jumaat-Ahad) dari jam 9am-6pm.
Pelbagai diskaun menarik akan diberikan ke atas pembelian sebarang jenis majalah dan buku-buku terbitan Karangkraf. Diskaun sehingga 50%!
Jumpa di sana!