Salam...
Hampir berbulan juga blog ini tidak dikemaskini. Kesibukan membataskan. Namun kali ini, saya berjaya mencuri peluang untuk mencatat 'sesuatu' di dalam blog ini.
Sejak kebelakangan ini, banyak pertanyaan diterima tentang syarat-syarat penghantaran manuskrip. Ingin pihak kami maklumkan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip, TIADA sebarang syarat untuk menulis, apatah lagi menghantar manuskrip. Kami tidak mewajibkan anda harus mempunyai sebarang kelayakan akademik mahupun gelaran (Dr, phD, Dato) untuk melayakkan anda menghantar manuskrip kepada kami. Yang kami nilai adalah dari segi isi kandungannya sama ada sesuai dan berkelayakan untuk diterbitkan. Itu sahaja! :)
No comments:
Post a Comment