Monday, November 18, 2013

Buku travelog menarik yang memberikan motivasi! Sangat best!







Ulu Yam Di Liverpool
Nazali Noor

Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-900-0
Halaman: ~496
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Kategori: Umum
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Sinopsis
Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah ‘pencuri impian’. Kata mereka, “Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!”

Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi.

Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan.
“Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat.” - Nazali Noor.

Buku ULU YAM DI LIVERPOOL – membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.
 
Untuk pembelian secara dalam talian sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3636 atau muat turun sahaja ke dalam tablet dan telefon anda melalui eMall.

Motivasi santai bersama Norden Mohamed, Ketua Pengarang Sinar Harian!

 


 
 
Maaf Cakap

Norden Mohamed

Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-881-2
Halaman: ~376
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Kategori: Umum
 
 


 
 
 
 
 
 
 
Sinopsis
Menegur kesilapan orang itu mesti kena dengan caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin akan kehilangan seorang saudara.

‘Maaf Cakap’ merupakan kritikan penulis terhadap kesilapan cara berfikir. Setiap kali merenung kesilapan dan mencatatnya, nota-nota itu dikongsi kerana kesilapan-kesilapan itu jugalah adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh orang ramai.

Isu-isunya termasuklah bisnes, motivasi, politik, sosial dan sumber manusia. Disampaikan secara berlapik namun ada juga yang intinya menusuk ke dalam jiwa.
 
Untuk pembelian secara dalam talian sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3637  atau muat turun sahaja ke dalam tablet dan telefon anda melalui eMall.



Buku Dato Saifuddin Abdullah di pasaran sekarang!










Memacu Transformasi
Dato' Saifuddin Abdullah

Harga: RM 11.00
ISBN: 978-983-124-898-0
Halaman: ~168
Berat: 200 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Kategori: Umum






Sinopsis
 
Dato’ Saifuddin Abdullah menganggap Program Transformasi Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, adalah pendekatan perubahan yang terbaik buat Malaysia. Menurutnya, transformasi tersebut ialah satu proses ‘dynamic stabilism’ yang bersesuaian dengan warisan, wajah dan wawasan kita. Ia komprehensif dari segi bidang, penggubalan, pelaksanaan dan penilaiannya. Malah, ia lebih komprehensif daripada inisiatif-inisiatif hampir sama di negara-negara maju. Ia telah membuahkan hasil-hasil positif dan perlu dipacu bersama.

Sebagai ahli politik yang progresif, Saifuddin membahaskan transformasi ini melalui kolumnya di akhbar Sinar Harian. Buku ini merupakan kompilasi 50 rencana tersebut yang meliputi aspek pendidikan, belia dan mahasiswa, realiti dan politik baru, UMNO/BN, PRU13 dan ekonomi. Ia ditulis dengan artikulatif dan kritikal sambil mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan. Ia wajar menjadi bacaan dan rujukan aktivis dan penganalis isu-isu kontemporari Malaysia.

Untuk pembelian secara dalam talian sila layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3634 atau muat turun sahaja ke dalam tablet dan telefon anda melalui eMall.






Wednesday, September 25, 2013

Buku sarat dengan tip dan pengalaman sewaktu mengandung... Menarik! Wajib beli buat mereka yang mahukan anak!

 
 
 
Indahnya Dunia Hamilku
 
Harga: RM 30.00
ISBN: 978-983-124-872-0
Halaman: ~304
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Jul 2013
Kategori: Umum
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oh! Benarkah saya hamil? Betapa ungkapan itu memberi 1001 rasa dan makna yang tersendiri buat mereka yang melaluinya.

Mendapati diri hamil sesungguhnya merupakan momen terindah bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Namun, percayalah bukan semua wanita bernasib baik melalui fasa kehamilan yang mudah. Ramai juga yang berhadapan dengan masalah alahan, pendarahan dan perubahan mood sehingga ada kalanya menjejaskan diri dan kandungan.

Bagi mereka yang pertama kali melalui pengalaman ini, pasti pelbagai soalan menerjah di minda:

Normalkah peningkatan berat badan saya?
Bila saya boleh nampak jantina bayi?
Perlukah saya menghadiri kelas antenatal?
Kenapa bayi saya tidak bergerak?

‘INDAHNYA DUNIA HAMILKU’ merungkai permasalahan dan menjawab persoalan di samping memberi panduan berguna wanita menempuh alam kehamilan . Buku ini bukan hanya untuk bakal-bakal ibu, tetapi juga sesuai sebagai rujukan buat mereka yang hampir pasti akan melalui detik bermakna ini. Paling pen¬ting, jalani setiap saat kehamilan dengan ceria dan penuh sabar. Bayi anda pasti comel, sihat dan bijak!

Selamat menempuh alam kehamilan!

Wednesday, July 31, 2013

Komen bloggers buku 'Pilih Kerjaya Bukan Kerja'!!!



Siapa yang belum baca buku 'PILIH KERJAYA BUKAN KERJA' lagi??? Buku ni sangatlah sesuai untuk student2 universiti yang dah tinggal semester akhir. Lagi sangat sesuai kepada yang baru berhenti kerja ataupun yang sedang menganggur.



Mungkin ada yang kata baca buku bukan boleh tolong dapatkan kerja, cuba baca komen daripada 2 bloggers ni. Mungkin dapat membantu.

Pertama:
Blog nanieybarnieylurviey
http://www.naniey.com/2012/03/pilih-kerjaya-bukan-kerja.html

Kedua:
Blog *mar yanie*
http://maryani23.blogspot.com/2011/11/pilih-kerjaya-bukan-kerja.html

Monday, July 22, 2013

Anda Mengandung?

Terbaik Hasil Kompilasi Majalah pa&ma





Harga: RM 30.00
ISBN: 978-983-124-872-0
Halaman: ~304
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 20 Jul 2013
Kategori: Umum











Oh! Benarkah saya hamil? Betapa ungkapan itu memberi 1001 rasa dan makna yang tersendiri buat mereka yang melaluinya.

Mendapati diri hamil sesungguhnya merupakan momen terindah bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Namun, percayalah bukan semua wanita bernasib baik melalui fasa kehamilan yang mudah. Ramai juga yang berhadapan dengan masalah alahan, pendarahan dan perubahan mood sehingga ada kalanya menjejaskan diri dan kandungan.

Bagi mereka yang pertama kali melalui pengalaman ini, pasti pelbagai soalan menerjah di minda:

Normalkah peningkatan berat badan saya?
Bila saya boleh nampak jantina bayi?
Perlukah saya menghadiri kelas antenatal?
Kenapa bayi saya tidak bergerak?

‘INDAHNYA DUNIA HAMILKU’ merungkai permasalahan dan menjawab persoalan di samping memberi panduan berguna wanita menempuh alam kehamilan . Buku ini bukan hanya untuk bakal-bakal ibu, tetapi juga sesuai sebagai rujukan buat mereka yang hampir pasti akan melalui detik bermakna ini. Paling pen¬ting, jalani setiap saat kehamilan dengan ceria dan penuh sabar. Bayi anda pasti comel, sihat dan bijak!

Selamat menempuh alam kehamilan!



Dapatkan naskhah ini di kedai-kedai buku berhampiran anda atau beli sahaja secara online. Sila layari http://mall.karangkraf.com/index.asp 

Tuesday, July 2, 2013

Karier hebat untuk anda!



Fadzilah Jabar


Harga: RM 12.00
ISBN: 978-983-124-597-2
Halaman: ~144
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 21 Sep 2010
Kategori: Umum
 
 
 
 
 
SELEPAS menamatkan pelajaran peringkat menengah atau universiti, pasti impian anda seterusnya adalah untuk mendapat kerja yang diidamkan. Bagi mereka yang bermotivasi tinggi, sudah tentu menyimpan cita-cita untuk terus meningkat dalam karier yang mereka ceburi. Hasilnya, mereka mampu hidup selesa dengan apa yang mereka miliki.

Namun untuk membina kejayaan ini, pasti ia bukan semudah yang diperkata atau diangan-angankan. Anda perlu bekerja keras dan mempunyai strategi untuk mencapai impian anda. Bermula dari bawah, anda harus pertingkatkan prestasi sehingga dilabel sebagai pekerja cemerlang. Dari situ teruskan langkah anda meniti tangga kecemerlangan satu per satu tanpa menoleh ke belakang lagi. Buku HEBAT DALAM KARIER ini merupakan kompilasi artikel dari majalah Dara.com. Tujuannya untuk berkongsi idea dan tip-tip istimewa bagi membantu anda mengekalkan semangat kendiri dan terus hebat dalam dunia pekerjaan. 
 
Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda atau layari http://mall.karangkraf.com/  untuk pembelian secara online. Jika mahu dapatkan dalam bentuk ebook, sila ke http://emall.karangkraf.com/.

Selamat membaca!

Monday, July 1, 2013

Beli buku secara online!!!







Tahukah anda cara termudah untuk membeli bahan bacaan yang menarik pada hari ini? Sekarang semuanya boleh buat secara online! Asalkan ada talian internet, anda semua sudah boleh membeli bahan bacaan yang anda inginkan dengan hanya menggunakan jari.

Pelbagai bahan bacaan boleh dipilih. Daripada majalah-majalah terbaru hinggalah majalah-majalah 'terlama' dan buku-buku terkini hinggalah buku-buku 'terkuno', kedua-duanya boleh didapati menerusi laman sesawang http://mall.karangkraf.com/ dan seterusnya buat tempahan anda.

Jika anda menggunakan tablet atau smartphone, dan anda mahukan bahan bacaan yang berbentuk ebook, sila dapatkan bahan bacaan tersebut menerusi aplikasi eMall. Muat turun aplikasi berkenaan melalui Google Play di Android anda atau melalui Apps Store di Apple. Layari laman sesawang eMall di http://emall.karangkraf.com/ untuk maklumat lanjut.

Selamat membaca!

Kehidupan Daripada Kacamata Si Buta




STOP, LOOK, GO! menyingkap pemerhatian dan pemikiran seorang warga istimewa tentang kehidupan masyarakat sekeliling.

Kehidupan yang kita lalui seharian di muka bumi ini, tiada bezanya semasa melalui jalan raya untuk berulang-alik ke tempat kerja atau ke sesuatu destinasi. Setiap perjalanan, sudah pastinya terdapat halangan dan liku. Adakalanya kita terpaksa berhenti, mengelak, mengundur, berhati-hati dan sebagainya. Kesemuanya itu kita lakukan demi keselamatan.

Kita lupa dalam kita selesa, ada yang sesak, dalam kita gembira, ada yang berduka. Lebih malang, ada yang tergamak merampas hak orang lain demi mengejar kemahuan diri. Di mana hilangnya nilai-nilai murni yang sekian lama diterapkan dalam diri kita dahulu?

Ayuh, pandang ke hadapan tetapi tidak salah andai sesekali kita berhenti dan menoleh ke belakang agar kita sentiasa ingat asal usul kita.



Drs Shukur


Harga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-622-1
Halaman: ~224
Berat: 320 gram
Tarikh Terbit: 15 Dis 2010
Kategori: Umum

Friday, June 28, 2013

Buku untuk lelaki





Harga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-626-9
Halaman: ~288
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 15 Dis 2010
Kategori: Umum
SIAPA kata lelaki tidak perlu ambil pusing tentang penjagaan diri? Padahal, menjaga kesihatan dalaman itu sangat penting demi melahirkan penampilan luaran yang hebat dan bertenaga. Malah, cabaran untuk mengekalkan tahap terbaik kualiti kesihatan kaum Adam tidaklah sesukar mana yang sering difikirkan. Anda hanya perlu positif dalam meningkatkan usaha dan gandakan pengetahuan semaksima mungkin. Jadi, bukan hanya wanita perlu jaga kesihatan untuk kekal menawan, lelaki juga harus sahut cabaran yang sama!

LELAKI, AKTIFKAN DIRIMU! merupakan kompilasi artikel daripada majalah Rapi terbitan Grup Media Karangkraf. Melalui buku ini, ketahui fakta-fakta kesihatan yang sering menghantui kaum Adam. Selain itu, tip-tip menarik turut dimuatkan bagi membantu anda menangani masalah kesihatan dengan bijak sekali gus mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

SEMOGA TERUS SIHAT, CERGAS DAN BERTENAGA!


Friday, June 14, 2013

Hadapi cabaran dengan gagah




Harga: RM 12.00
ISBN: 978-983-124-841-6
Halaman: ~176
Berat: 250 gram
Tarikh Terbit: 25 Mac 2013
Kategori: Umum

Buku ini merungkai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap daripada kita dan bagaimana untuk menghadapinya.

Hampir setiap kandungan buku ini lahir daripada pengalaman dan kisah-kisah hidup beberapa orang individu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Laluinya dengan minda yang positif dan aktiviti seharian yang membawa manfaat kepada diri sendiri tetapi dengan penyebaran aura dan faedah kepada orang di sekeliling. Setiap insan yang mengakui milik ALLAH haruslah berpegang teguh pada ayat-ayat suci ALLAH iaitu al-Quran dan hadis kerana setiap yang berlaku tidak boleh dipisahkan daripada ketentuan-NYA.

Apa sahaja yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya, setiap satunya menguji kebijaksanaan kita mentafsirkannya tanpa pandangan negatif dan peribadi yang defensif. Akhirnya, setiap daripada kita pasti akan didefinisikan melalui cara bertindak dan berfikir.


Thursday, June 13, 2013

Terbaru daripada DR. HM Tuah!!!



























Harga: RM 15.00
ISBN: 978-983-124-870-6
Halaman: ~304
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 15 Apr 2013
Kategori: Umum

Cinta itu suci. Tetapi mengapa ada yang sanggup mencemarinya hingga terjebak dengan cinta terlarang? Sedangkan kehadiran cinta adalah untuk membahagiakan, bukan untuk menambah derita…

Cinta memang menyakitkan apabila ada yang menghalang. Hidup bertambah sengsara apabila tidak dapat bersatu dengan orang yang tersayang. Apabila nafsu sudah menguasai, maruah tidak lagi dipeduli sehingga sanggup mengambil nyawa sendiri.

LALUAN KE-2 CINTA TERLARANG membongkar identiti sebenar cinta lantas memberikan jalan alternatif untuk si pencinta. Sebagaimana setiap kegagalan ada laluan kedua untuk ke puncak, cinta terlarang juga tidak terkecuali. Sama ada cinta gelap anak dara, janda, duda, mahupun orang berpunya, laluan kedua itu insya-ALLAH ada di sini.


Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cinta terlarang yang dimaksudkan oleh Dr. Tuah? Dapatkan segera buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda atau beli sahaja secara online menerusi http://mall.karangkraf.com/ atau dapatkan ebook di http://emall.karangkraf.com/.

Juga dapatkan buku 'Laluan Ke-2 Ke Puncak'.




Harga: RM 15.00
ISBN: 978-967-5711-04-6
Halaman: ~216
Berat: 0 gram
Tarikh Terbit: 28 Jun 2010
Kategori: Umum

Buku ini mengandungi teknik dan tektik untuk bangkit selepas gagal berkali-kali dalam hidup. Setiap orang ada ruang dan ada peluang untuk bangkit namun tidak ramai yang menyedarinya. Kini laluan ke-2 sudah dibukakan, anda jangan lagi mengalah dan tewas dengan dugaan demi dugaan. Buku ini mengajar anda untuk lulus penuh gaya!

Tuesday, June 11, 2013

Istimewa buat suami isteri

ADUHAI ISTERI
Muhamad Mat Yakim



 

Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-842-3
Halaman: ~336
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 15 Apr 2013
Kategori: Umum


Bukan bertujuan mahu membakar semangat perkauman. Bukan juga untuk menegakkan benang yang basah mahupun melancarkan perang antara gender. Justeru, jika berlaku Perang Dunia di mana-mana, jangan salahkan ADUHAI ISTERI. Jangan ada sesiapa yang menyangka bahawa hadirnya ADUHAI ISTERI ini adalah untuk menggalakkan pertelingkahan antara suami dan isteri atau sengaja membesar-besarkan jurang perbezaan. ADUHAI ISTERI sekadar berkongsi kisah agar sama-sama dapat memperbaiki diri.

Dalam sesebuah perhubungan, kita harus berterus terang tidak kira sebagai suami, isteri mahupun kekasih. Jangan simpan keburukan di bawah karpet kerana sikap itu lama-kelamaan hanya akan membikin karpet bertukar reput.

ADUHAI ISTERI adalah semata-mata kompilasi kisah pengalaman suka duka, pahit manis yang melibatkan orang biasa dan diceritakan semula oleh orang biasa. Yang menjadikannya luar biasa hanyalah kerana cerita-cerita biasa ini diberi perhatian yang luar biasa.

Antara pengisian menarik:

• Henti buli isteri pada bulan puasa
• Hikmah bau ketiak lelaki
• Jangan belajar bahasa Inggeris daripada isteri
• Lelaki curang lebih cepat mati
• Janggut suami suburkan isteri
• Wanita makin berumur makin hot
• Solat Jumaat pada hari Khamis
• Apabila orang kampung saya ‘speaking’
• Rumitkah berurusan dengan wanita
• Kisah kasut koyak